VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 28/07/2012

Hujan emas di bazar Ramadan

SETIAP kali Ramadan pasti muncul peniaga-peniaga 'segera' yang hanya berniaga sepanjang bulan suci itu.

Tidak kurang juga peniaga yang sanggup berpindah dari satu negeri ke negeri lain bagi merebut peluang yang lebih besar di tempat lain.

Antaranya, Ahmad Faizal Rino Rosli, 28, peniaga dari Alor Star Kedah yang sanggup berhijrah selama sebulan ke Kuala Lumpur bagi merebut peluang pasaran yang lebih besar di ibu negara.

Pengorbanan Ahmad Faizal tidak sia-sia apabila dia mendapat habuan yang lebih besar berbanding berniaga di Pekan Rabu, Alor Star sebelum ini.

"Di sana (Pekan Rabu), saya hanya mendapat hasil jualan RM300 ke RM400 sehari tetapi di sini jualan mencecah RM1,000 sehari.

''Disebabkan itu saya rasa pilihan untuk berniaga di sini tepat meskipun harga sewa tapaknya RM900 sebulan berbanding cuma RM400 di Alor Setar," katanya yang membawa bersama tiga rakan sekampung ke Kuala Lumpur.

"Di sini kami menyewa dua bilik hotel yang mana setiap satu berharga RM50 semalam selama sebulan di Jalan Raja Bot.

"Bersandarkan sambutan, insya-Allah, saya akan kembali lagi tahun depan," katanya yang menjual lebih daripada 10 jenis minuman di Bazar Ramadan Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Sementara itu, S2 difahamkan terdapat individu yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan demi berniaga di bazar Ramadan.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Nizam, 37, berkata, hasil lumayan merupakan dorongan utama mereka berbuat demikian.

"Bukan tamak, tetapi kalau dikumpul pendapatan setahun mungkin masih belum mampu menandingi keuntungan berniaga di bulan Ramadan,'' katanya yang bertugas sebagai pembantu am rendah di sebuah sekolah di ibu negara.

Jelasnya, pendapatan hasil berniaga pada bulan Ramadan digunakan sebagai wang simpanan keluarga untuk kecemasan dan dikirimkan kepada ibu bapa di kampung.

Nizam mengakui kebanyakan mereka tidak menggunakan berniaga sebagai alasan dalam permohonan cuti kerana ia mungkin tidak akan diluluskan.

''Kebanyakan kami hanya memberi alasan atas urusan keluarga. Namun, jika pihak majikan boleh memberi kelonggaran kepada pekerja bawahan seperti kami ini di masa depan, ia sangat membantu dalam keadaan kos hidup semakin meningkat,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.