ARKIB : 23/07/2012
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
KEPUTUSAN membawa pulang rakyat Malaysia dari negara bergolak Syria merupakan satu langkah yang amat tepat.
Dalam persengketaan penuh dendam antara dua pihak - kerajaan dan penentang - pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Setakat ini beratus-ratus rakyat negara Syria sudah terkorban atau dibunuh tanpa perikemanusiaan.
Dalam pertempuran baru-baru ini sekurang-kurangnya 302 orang terbunuh termasuk 109 penduduk awam iaitu angka korban tertinggi sejak kebangkitan rakyat tercetus di negara tersebut.
Dalam suasana gawat itu, rakyat kita juga mungkin boleh menjadi mangsa korban. Dianggarkan 138 rakyat Malaysia berada di negara itu, iaitu 128 terdiri daripada pelajar dan 10 lagi pegawai dagang kita yang berkhidmat di negara itu.
Menurut jurucakap Wisma Putra, kumpulan pertama kira-kira 50 pelajar dan rakyat Malaysia di negara itu akan tiba di tanah air Selasa ini.
Arahan membawa balik itu dibuat oleh Perdana Menteri semalam ekoran krisis yang semakin meruncing.
Sebelum ini pelajar-pelajar Mesir juga diterbangkan keluar dari negara itu ekoran kegawatan politik di negara itu.
Awang melihat perkembangan ini dengan penuh keinsafan. Keamanan yang dikecapi oleh negara kita harus disyukuri.
Keamanan perlu dikekalkan dalam apa cara sekali pun. Setiap persengketaan politik harus diselesaikan menerusi sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Peperangan di zaman moden ini hanya akan mengakibatkan kemusnahan dan kematian yang sia-sia.
Kita amat sedih kerana situasi yang berlaku itu hanya membabitkan negara-negara Islam di Arab.
Awang - Bangsa lemah lembut.
Media sosial penggalak undang-undang koboi
Anwar sekadar ‘kuda tunggangan’ DAP
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Cahaya di hujung terowong untuk Pas
Said Zahari nasionalis cekal sepanjang zaman
Anwar patut bersara
Ketibas dalam cuaca panas
Sindiran kepada CEO AirAsia X
Cabaran Kabinet Transformasi
Antara berkokok dan bercakap, antara emosi dan ilmu
Dari Sabah, Sarawak yang berwibawa
Tugas melaksanakan aku janji
Rintis kerjasama Pas UMNO di peringkat negeri
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Tanpa menteri, lebih agresif?
Jangan 'meliwat' fikiran rakyat
Keangkuhan Hadi tolak kerjasama UMNO - Pas
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Apakah Azmin melakonkan suatu sandiwara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









