VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 23/06/2012

Nostalgia Mimaland Taman tema pertama negara

Keadaan sekitar tasik Mimaland yang kini dipenuhi hutan belantara. Gambar kecil, gambar sekitar tahun 1970-an menunjukkan kawasan yang pernah menjadi tumpuan pelancong.

SEBELUM kemunculan Resort World Genting, Sunway Lagoon, Gambang Waterpark dan Lost World of Tambun, Malaysia pernah memiliki sebuah taman tema yang cukup popular sekitar tahun 1980-an.

Bagaimanapun peredaran zaman banyak memisahkan kisah kegemilangan taman tema yang dibina dengan kos RM25 juta itu dengan apa yang ada sekarang.

Taman tema yang dimaksudkan ialah Malaysia In Miniature Land atau lebih dikenali dengan nama Mimaland yang terletak di Batu 11 Jalan Gombak, kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Mimaland yang dibina di atas kawasan seluas 12 hektar dibuka kepada umum pada tahun 1975 menampilkan pelbagai tarikan hiburan dan rekreasi antaranya taman haiwan pra-sejarah yang dipenuhi figura dinosaur bersaiz sebenar.

Disiapkan dalam beberapa peringkat, taman tema air itu kemudian mencuri perhatian apabila sebuah kolam renang yang merupakan kolam terbesar di Asia Tenggara dibina berserta dengan laluan papan gelongsor air bertingkat.

Sejak tahun 1985 iaitu selepas kolam itu dibuka kepada pengunjung, Mimaland menjadi fenomena baru di kalangan rakyat negara ini khususnya bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota.

Keindahan dan keunikan Mimaland turut menarik minat beberapa syarikat produksi untuk melakukan pengambaran filem terkenal semasa era 1980-an seperti Gila-Gila Remaja, Suara Kekasih dan Tuan Besar.

Bagaimanapun kegemilangan taman tema itu sebagai sumber hiburan rakyat negara ini selama lebih dua dekad lenyap bersama infrastruktur di kawasan tersebut selepas penutupannya pada 1994.

Bagi mengimbau kembali kisah Mimaland, wartawan S2, ABD. HALIM HADI, ZAINAL AZHAR MOHAMED dan jurugambar, WAHIDIN SALIM meninjau semula tapak taman tema air bersejarah yang pasti mengembalikan

nostalgia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.