VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 18/05/2012

Facebook medium dakwah moden

FACEBOOK (FB) merupakan laman sosial paling popular dalam kalangan remaja sekarang. Ada sokongan bagi menguatkan kenyataan ini adalah, 34 peratus daripada jumlah pengguna FB di Malaysia adalah generasi muda yang berumur antara 18 hingga 24 tahun. Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna FB sebagaimana dilaporkan oleh laman www.socialbakers.com.

FB yang dilancarkan pada 2004 diilhamkan oleh Mark Zuckerberg, ketika berumur 21 tahun seorang lulusan Harvard umumnya bertujuan memudahkan penggunanya untuk bersosial secara aktif dengan kenalan mereka serta menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu secara cepat dan berkesan.

Oleh demikian, FB mempunyai kelebihan yang perlu digarap oleh umat Islam untuk meluaskan jaringan dakwah serta menerokanya dalam ertikata untuk memperbaiki persepsi terhadap Islam itu sendiri.

Namun, persoalannya, sejauh mana laman sosial popular seperti FB ini boleh digunakan sebagai medium dakwah dalam kalangan umat Islam dan bukannya sebagai satu alat yang melekakan dan mengurangkan produktiviti masyarakat?

Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya memanggil pendakwah zaman moden kini berdepan dengan cabaran baru yang jauh lebih sengit daripada era media massa tradisional yang terbatas kepada radio, televisyen dan akhbar sahaja apabila sesetengah masyarakat tidak lagi terpikat dengan cara ceramah, khutbah, dakwah seperti berlaku pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu mula memikirkan jawapan kepada cabaran baru ini agar Islam tidak ketinggalan dalam peredaran zaman globalisasi kini.

Antara langkah utama setiap muslim dalam menyebarkan dakwah di FB adalah setiap informasi mestilah bersandarkan ilmu dan pendekatan yang diolah dengan bijaksana agar mencetuskan perubahan kepada diri manusia sebagaimana mafhum daripada Surah An Nahl ayat 125.

Sebagai contoh, dakwah boleh disebarkan dengan kita mendisiplinkan diri semasa 'berFB' iaitu menulis status menggunakan perkataan dan gaya bahasa yang baik. Justeru, setiap muslim haruslah mengambil faedah dengan menggunakan segala kelengkapan yang ada pada FB tersebut seperti Wall Post, Notes, Pictures Sharing sebagai medium untuk menyampaikan fikrah dakwah kepada pengguna Facebook.

Selain itu , kita boleh kongsikan aktiviti harian dan pengalaman berbentuk pengajaran yang disulami dengan ayat-ayat Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW sebagai bahan dakwah yang berkesan kerana ia boleh di likes dan di-share kan oleh semua pengguna FB serata dunia hanya dalam beberapa saat.

Contohnya, status FB berunsur dakwah yang diselitkan mafhum ayat al-Quran dan hadis oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di-likes dan di-share oleh beribu-ribu pengguna laman sosial itu. Bahkan "page Dr.Maza.com di-likes hampir 111 ,000 pengguna laman sosial itu.

Ini menunjukkan bahawa dakwah melalui FB juga mendapat tempat di hati masyarakat namun ia memerlukan kaedah dan metod yang sesuai.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam laporan Utusan Malaysia Online yang bertajuk "Capaian dakwah maya lebih meluas" berkata bahawa media baru kini umpama ribut tsunami kerana ia berupaya mempopularkan seseorang serta menyebarkan pengaruh dalam masa yang amat singkat.

Beliau juga berkata hampir, semua orang mempunyai akaun FB sendiri, semestinya mereka mempunyai jumlah rakan tersendiri dalam laman sosial tersebut.

Oleh itu, setiap status yang dikemas kini akan dibaca oleh setiap rakan maka pendakwah perlu segera merancang dan mengambil kesempatan daripada kemudahan ini untuk menyebarkan Islam melalui pendekatan yang santai dan digemari tersebut.

Strategi yang digunakan untuk menyampaikan dakwah perlulah bersifat fleksibel dan praktikal agar relevan dengan peredaran semasa.

Sekiranya kita sebagai pendakwah mampu memanfaatkan FB dengan memaksimumkan kreativiti, pengisian serta gaya penulisan yang baik, maka ia akan menjadi tarikan kepada pembaca serta medium berguna untuk kita sebarkan link blog dan mempromosikan artikel dakwah yang ditulis.

Sebagai contoh, laman web iluvislam.com mempunyai pengikut hampir satu juta di laman sosial FB, bahkan setiap artikel dan hasil penulisannya sering di-likes dan di-copy serta di-share oleh pengguna FB dalam masa beberapa minit ia dikeluarkan.

Kini, ia menjadi tempat rujukan utama oleh pengguna FB untuk mendapatkan bahan-bahan dakwah.

Penguasaan FB oleh umat Islam mampu merubah fenomena 'kegilaan' masyarakat daripada perkara yang tidak bermanfaat kepada pengetahuan ilmu agama dengan mengislamkan dunia siber.

Jika hal ini menjadi kenyataan, maka aktiviti-aktiviti yang 'menjolok mata' dan melemahkan minda seperti kenyataan yang melampaui batas, penyebaran hadis-hadis palsu, penyebaran fitnah dan kongsi gambar-gambar yang bersalahan dengan syariat yang berlaku dalam pengisian FB dapat dikurangkan.

Sewajarnya, FB boleh dijadikan medium untuk merapatkan lagi hubungan interaksi sesama kaum serta mendekatkan masyarakat bukan islam dengan Islam itu sendiri. Buktinya, banyak 'status' tentang hukum-hukum Islam tersebar dalam laman FB mereka, bahkan ia turut dikongsi oleh mereka.

Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dalam akaun laman sosial seseorang yang mempunyai rakan pelbagai kaum sama ada Cina, India mahupun Melayu dimana hubungan interaksi antara kaum menjadi semakin rapat dalam FB, walaupun secara lumrahnya masing-masing segan untuk bertegur sapa.

FB menjadi tunjang dalam menyebarkan dakwah di era millennium ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.