ARKIB : 18/08/2012
KL Clothing Mini Festival 2012
INDUSTRI pakaian jenama jalanan kian mendapat sambutan di kalangan penggiat dan peminat fesyen alternatif terutamanya golongan muda di negara ini.
Lebih menarik lagi pakaian jalanan itu sendiri direka dan dihasilkan sendiri oleh anak muda tempatan yang kreatif dalam memenuhi permintaan terhadap pakaian tersebut.
Boleh dikatakan rekaan pakaian jalanan ini adalah gabungan beberapa elemen utama iaitu muzik, sukan x-tream, fesyen dan paling utama adalah golongan belia.
Ini kerana penggemar pakaian ini adalah golongan remaja dan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam muzik, sukan dan fesyen ini.
Maka tidak hairanlah mereka ini cenderung untuk lebih kreatif dalam menampilkan rekaan-rekaan menarik dan bahkan ada juga rekaan yang boleh dianggap setanding dengan rekaan aliran utama.
Identiti utama mereka kebiasaannya dijual secara online dan tidak mempunyai kedai tetap namun ada juga mereka yang telah berjaya memiliki kedai sendiri.
Jadi, baru-baru ini KL Clothing Mini Festival 2012 telah berlangsung di Annexe Galeri Pasar Seni, Kuala Lumpur bagi menghimpun peminat dan pereka pakaian jalanan daripada pelbagai label di bawah satu bumbung.
Ia merupakan satu inisiatif penganjur syarikat pengurusan acara Fas Evento dan sebuah label pakaian jalanan AA Empire untuk memajukan industri pakaian jalanan selangkah kehadapan.
Festival tiga hari itu dilihat berjaya dengan menampilkan lebih 20 jenama termasuk satu dari Indonesia yang datang menyertai festival kali ini.
Mari kita tinjau di sebalik KL Clothing Mini Festival 2012 ini.
Gabungan hobi & beli - belah menjadi
Debaran lasak motocross
COD4 jaguh video game
Harga keindahan alam
Putrajaya MTB Jamborace 2013
Terpesona kemeriahan pesta air Port Dickson
BELIA FELDA TAKLUK ISLAND PEAK
Jelajah ekstrem Gua Batu Maloi
Shah seronok meluncur air
NOA takluk Gunung Benum
Taman rekreasi berlatarkan hutan menghijau
Azrul takluk benua Antartika
Menyondol Gunung Kajang
Berbasikal lasak sekitar Beranang
Melawat sambil belajar ke Perth
Demam modifikasi DTM motard
Turun gunung ke majlis kahwin
Showcase Anak Muda
Kem untuk pelbagai aktiviti
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










