VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
REKREASI

ARKIB : 04/08/2012

Redah belantara dengan 4x4

Kepuasan dan pengalaman dilambung dengan 4x4 memang saat yang sukar dilupakan di kalangan peserta.

MEREDAH hutan dengan pacuan empat roda (4x4) bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Sebaliknya, hanya mereka memiliki kepakaran mengendalikan 4x4 sahaja yang mampu menempuh halangan belantara.

Ada juga sesetengah pemandu yang tewas dalam pertarungan ekstrem mesin dan alam semula jadi.

Baru-baru ini, .com berpeluang merasai sendiri pengalaman dilambung oleh 4x4 bersama dengan rakan-rakan remaja tajaan Pelancongan Malaysia.

Perjalanan kami bermula setelah mendapat taklimat awal mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil sepanjang perjalanan oleh pemandu kami.

Malah, kami juga perlu memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan diri daripada tercedera jika terhempas ke palang besi dan dinding kenderaan.

Sebanyak enam buah 4x4 turut serta dalam ekspedisi kali ini. Matlamat kami ialah untuk mandi di air terjun Lata Berembun yang terkenal dengan kedinginan airnya.

Sepanjang perjalanan, pelbagai jenis laluan kami tempuh antaranya jalan kebun, dusun, kelapa sawit, tanah merah dan hutan, semuanya disusuri.

Perasaan dilambung 4x4 memang mengujakan. Ada kalanya rasa seperti mahu tercampak keluar daripada kenderaan dek melanggar lubang dengan kelajuan yang tinggi.

Malah, ada saat genting yang mana 4x4 terpaksa disengetkan dengan memanjat dinding bukit bagi memberi laluan kepada kenderaan 4x4 dari arah bertentangan.

Bukan sahaja setakat lambungan, kami juga terpaksa menahan perasaan gayat kerana laluan yang betul-betul di tepi gaung.

Setelah puas dilambung, meniti gaung, meredah sungai dan merentas hutan belantara, kini tiba masanya untuk laluan paling ganas bagi trek laluan ini.

Menurut pemandu kami, laluan memanjat bukit berlecak dengan kecuraman 45 darjah adalah laluan yang paling dinantikan penggemar sukan ini. Ia digelar laluan hardcore.

Memandangkan terdapat tiga laluan berbeza untuk pendakian itu, pemandu kami terlebih dahulu meneliti dan menilai setiap laluan sebelum mula mendaki.

Menurutnya, ia penting sekiranya tidak mahu terperangkap di tengah laluan pendakian.

Kenderaan yang dinaiki penulis akhirnya berjaya mendaki walaupun 4x4 yang dinaiki nyaris tergolek. Malah, badan penulis juga dipalit dengan becak daripada pusingan tayar 4x4.

Kenderaan yang kedua tidak bernasib baik. Tersangkut di tengah pendakian dan terpaksa di tarik oleh 4x4 yang sudah terlebih dahulu tiba di puncak.

Masa-masa yang dinantikan sudah tiba, setelah menempuh perjalanan meredah belantara selama 45 minit, detik kejayaan kini sudah boleh dirai.

Air di Lata Berembun memang sejuk. Malah, peringatan diberikan kepada kami agar melakukan regangan otot sebelum mandi kerana dikhuatiri mengalami kekejangan otot semasa mandi.

Mandi di situ seolah-olah mandi di dalam satu takungan air yang diletakkan ais di bawahnya. Memang sejuk tetapi menyegarkan.

Suasana sekeliling juga berada dalam kedinginan kerana dilitupi hutan yang menjadi penghawa dingin semula jadi.

Aktiviti kali ini memang menyeronokkan dan penuh cabaran. Malah, peluang untuk melakukannya bersama remaja lain berjaya merapatkan hubungan sesama kami dan menambah kenalan. AZRUL/SHIDDIEQIIN ZON

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.