ARKIB : 14/07/2012
Ekspresi jiwa remaja
KOTOR, menyusahkan, vandalisme dan budak nakal sering dilabel pada mereka yang suka ‘bom’ tembok-tembok, dinding kedai, pintu pagar mahupun sekolah.
Sabar dulu, mereka bukannya buat bom yang jenis pengebom berani mati tetapi mereka ‘mengebom’ seni lukisan tin yang popular di kalangan seniman jalanan.
Itu semua dahulu, tapi seni yang dikenali dengan grafiti kini kian mendapat tempat bukan sahaja di kalangan anak-anak muda bahkan juga turut dijadikan kesenian yang mempunyai nilai tinggi.
Pelbagai unsur diterapkan pada lukisan-lukisan ini antaranya seperti luahan jiwa pelukis, tema filem, abstrak mahupun keindahan alam semula jadi yang disampaikan melalui cara yang begitu kreatif.
Bukan itu sahaja, walaupun elemen utama yang mereka gunakan adalah cat semburan dalam tin, namun muncung atau cap yang digunakan terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis.
Ada yang memberi kesan tebal, nipis, tajam dan juga lebar membuatkan lukisan grafiti dapat dihasilkan dengan begitu unik dan indah.
Lihat sahaja di sekitar tembok Sungai Klang dan bawah jejambat sistem transit aliran ringan (LRT) Jelatek yang memperlihatkan keunikan dan kreativiti generasi muda menghasilkan seni grafiti. - AMIRUL/LYNN
Terpesona kemeriahan pesta air Port Dickson
BELIA FELDA TAKLUK ISLAND PEAK
Jelajah ekstrem Gua Batu Maloi
Shah seronok meluncur air
NOA takluk Gunung Benum
Taman rekreasi berlatarkan hutan menghijau
Azrul takluk benua Antartika
Menyondol Gunung Kajang
Berbasikal lasak sekitar Beranang
Melawat sambil belajar ke Perth
Demam modifikasi DTM motard
Turun gunung ke majlis kahwin
Showcase Anak Muda
Kem untuk pelbagai aktiviti
MMB hiburkan anak yatim
Tampal tayar dengan RM5
Rekreasi berkuda di Tekala
Menjejaki puncak Gunung Kerinci
Seronok menunggang kuda
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









