VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
REKREASI

ARKIB : 30/06/2012

Skyjump dari menara

Walaupun aktiviti ini dikatakan agak ekstrem, namun selepas mencubanya anda pasti pulang dengan gembira.

Disahkan oleh Guinness World Records, lokasi ini amat bersesuaian bagi mereka yang dahagakan cabaran.

Aktiviti ini boleh dicuba mereka yang berani disedut graviti ketika terjun dari ketinggian 233 meter (764 kaki).

Cabaran ini bermula di tengah-tengah dek pemerhati Menara Macau yang menjadi platform operasi skyjump komersial kedua tertinggi di dunia, selepas Stratosphere Skyjump Vegas dari ketinggian 260 meter.

Setiap tahun, pengemar sukan ekstrem mengembara dari seluruh dunia ke Macau bagi mencuba aktiviti ini.

Rata-rata yang mencubanya berpendapat tiada lokasi lain boleh dibandingkan dengan terjun bungy dari Menara Macau kerana keseronokan terjun bungy disana tidak berakhir begitu sahaja.

Selain aktiviti itu, pengunjung juga berpeluang mencuba aktiviti lain seperti berjalan di platform Skywalk yang terletak di bahagian luar menara dan menguji ketakutan sehingga ke kemuncak dengan Mast Climb (memanjat sehingga ke puncak menara setinggi 338 meter).

Aktiviti ini dikendalikan oleh firma sukan lasak dan terjunan bungy terkemuka, AJ Hackett.

Peserta yang ingin mencuba aksi ini hanya perlu berdiri di hujung platform dengan kedua-dua kaki terikat lalu terjun bebas merasai debaran terjun bungy yang menjanjikan cabaran yang luar biasa.

Penerjun hanya perlu mengisi beberapa borang pengesahan bebas dari penyakit jantung, mengosongkan poket dan minda serta nikmati setiap saat terjunan tersebut sambil menikmati pemandangan menakjubkan kota Macau dalam masa 60 saat.

Keterujaan melakukan terjunan itu pastinya terhenti sebaik sahaja mendengar jeritan penerjun pertama.

Meskipun konsep berhibur ini agak gila tetapi ia selamat untuk dicuba kerana ia hanya mengambil masa beberapa saat tetapi bagi mereka yang mencubanya pasti terasa lama.

Namun kepuasan yang menanti selepas mengatasi rasa takut dan fobia itu lebih hebat daripada apa yang pernah dikecapi.

Malah kaedah terjun ini lebih pantas jika dibandingkan ketika anda menuruni puncak menara menggunakan lif.

Boleh dikatakan penerjun yang berjaya mengatasi halangan tersebut bakal pulang dengan gembira selepas berseronok merealisasikan percubaan terjun dari salah satu puncak menara tertinggi di dunia.

Mana tidaknya, kelajuan penerjun ketika melakukan aksi tersebut dari platform skyjump tertinggi dunia hampir 200 kilometer.

Bagi mereka yang ingin mencubanya, bolehlah berkunjung ke Menara Macau yang dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 7.30 malam (Isnin hingga Khamis), 11 pagi hingga 9 malam (Jumaat) dan 10 pagi hingga 9 malam (Sabtu dan Ahad).

Untuk terjunan Bungy Standard Jump, penerjun hanya dikenakan bayaran sekitar RM957 (US$319) termasuk kemeja-t rasmi, sijil penyertaan dan kad keahlian AJ Hackett.

Untuk pakej penuh (terjunan siang atau malam), penerjun hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1,227 (US$409) termasuk kemeja-t rasmi, sijil penyertaan, gambar dan video dalam USB serta kad keahlian AJ Hackett.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.