VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
REKREASI

ARKIB : 21/06/2012

Motosikal buat wanita lebih yakin

jenama motosikal seperti Yamaha, Kawasaki, BMW, Harley Davidson, Ducati dan MV Agusta menjadi pilihan wanita lasak.

APABILA kita mendengar cerita mengenai wanita menunggang motosikal pastinya kita terbayang mereka membonceng motosikal di bahagian belakang atau bagi yang memilikinya pasti kita terbayang sebuah motosikal berwarna merah jambu bergaya sporty.

Bagaimanapun jika diperhatikan motosikal milik wanita masa kini sebenarnya tidak terbatas kepada warna tersebut sahaja.

Malah saiz motosikal yang digunakan mereka agak mengejutkan. Sekali pandang seperti tidak percaya ketika melihat wanita yang lemah lembut itu mampu menunggang motosikal berkuasa tinggi ke tempat kerja atau sekadar bersiar-siar.

Tetapi selepas mereka membuka topi keledar yang dipakai untuk tujuan keselamatan, terlopong kaum Adam ketika melihat kudrat luar biasa golongan Hawa yang cantik jelita.

Memang motosikal yang ada di pasaran sekarang kebanyakan direka khas buat jejaka maskulin, namun ia bukan halangan buat si jelita kerana cita rasa mereka tidak banyak berbeza.

Malah, dengan adanya teknologi terkini, banyak pengeluar motosikal telah menghasilkan motosikal yang lebih ringan, kerangka bingkai yang lebih pendek dan saiz yang lebih rendah bersesuaian dengan wanita Asia.

Sesetengah orang yang tidak pernah menunggang atau memiliki motosikal mungkin tidak memahami mengapa mereka memilih motosikal sebagai kenderaan utama.

Ini kerana kebanyakan wanita lebih selesa memilih kereta sebagai kenderaan rasmi tetapi bagi mereka yang lasak, motosikal menjadi pilihan di hati.

Dalam sedekad ini, jumlah penunggang motosikal wanita boleh dikatakan bertambah hampir dua kali ganda. Golongan ini juga mendominasi kira-kira 10 peratus pembelian motosikal berkuasa tinggi sejak kebelakangan ini.

Jumlah ini agak mengagumkan, biarpun kebanyakan iklan motosikal bertujuan untuk menarik perhatian lelaki tetapi nampak gayanya golongan wanita juga tertarik dengan kenderaan beroda dua ini.

Sejak berkecimpung dalam arena permotoran, penulis ada juga tertanya-tanya apakah sebab wanita ini semakin ramai yang berani untuk menunggang motosikal.

Boleh jadi alasan mereka sama sahaja dengan lelaki kerana pencapaian dan keyakinan, persahabatan, pengembaraan dan perasaan bebas dicari mereka.

Pencapaian yang dimaksudkan ialah dari segi berasa puas selepas memiliki motosikal idaman dan keyakinan bakal datang dengan sendirinya setelah beberapa kali percubaan menunggangnya.

Persahabatan pula datang setelah mereka bertemu dengan penunggang motosikal lain tidak kira di mana sahaja mereka berada samaada di atas jalan mahupun sekadar kedai kopi.

Bagi wanita yang memiliki motosikal jenis ini pastinya berpeluang berkongsi pengalaman ketika bebas mengembara bersama rakan lain yang turut berkongsi hobi yang sama.

Menunggang sebuah motosikal dikatakan mampu memberikan satu pengalaman yang unik, lebih-lebih lagi ketika anda mengembara ke suatu destinasi yang tidak pernah dilawati sebelum ini.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak pastinya berasa gementar dan sukar untuk menggambarkan perasaan tersebut melalui kata-kata.

Cuma mereka yang mencubanya sendiri dan memilikinya memahami perasaan tersebut.

Menariknya motosikal itu bukan sahaja ditunggang sekadar suka-suka, sebaliknya pemilik motosikal ini sememangnya obses dengan motosikal.

Apa yang pasti, setiap kali melihat pasangan menunggang motosikal, wanita sentiasa membonceng di belakang lelaki. Tidak pernah penulis melihat seorang wanita menunggang sebuah motosikal dengan seorang lelaki duduk di bahagian belakang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.