VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
REKREASI

ARKIB : 26/05/2012

Berkayuh, berhujan ke Bukit Fraser

MOHD. HADRI ASWAD SALIM mengepam tayar basikalnya yang kekurangan angin di pertengahan jalan ke Bukit Fraser.

IA bukan sahaja menjadi tumpuan mereka yang mahu merehatkan minda atau bermain golf, malah turut menjadi tumpuan pendaki gunung. Ini kerana trek dari Bukit Fraser boleh membawa pendaki sampai ke puncak Gunung Pine Tree Hill, Gunung Twin Peak dan Gunung Ulu Semangkok.

Namun untuk sampai ke mercu tanda Bukit Fraser yang merupakan sebuah menara jam lama, kita perlu menempuh jalan raya yang sempit dan berliku.

Keadaan jalan raya seperti itu menarik minat Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) untuk menganjurkan Program Berbasikal, Perkhemahan & Eksplorasi Sungai Chiling. Program yang diadakan pada 21 dan 22 April 2012 lalu berjaya mengumpul 12 peserta termasuk seorang wanita.

Laluan yang ditempuh meliputi jarak kira-kira 70 kilometer (km) dari Kuala Kubu Bharu (KKB), Hulu Selangor ke menara jam lama, Bukit Fraser.

Ketua program itu, Azizan Zolkipli, 34, berkata, beliau dibantu oleh Mohd. Hadri Aswad Salim untuk menjayakannya.

Menurutnya yang lebih mesra disapa Wak Jan, hanya lima peserta berjaya sampai ke lokasi yang ditetapkan itu, manakala peserta lain sekadar sampai di Gap ekoran hujan, selain masa tidak mengizinkan.

"Sepanjang berkayuh, kami diiringi empat ahli yang bertindak sebagai marshall. Mereka menaiki sebuah Pajero dan motosikal," katanya kepada S3.

Mengulas tujuan program itu diadakan, katanya ia antara lain untuk mempelbagaikan aktiviti Kelab OGKL yang sedia ada.

"Tujuan lain adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli lama dan baru, menguji kecekalan fizikal dan mental peserta serta memupuk semangat bekerjasama dalam sepasukan," ujarnya.

Menurutnya lagi, program itu turut memberi peluang kepada peserta menghayati keindahan alam sekitar, selain menyumbang kepada kelestarian alam yang mana basikal adalah kenderaan bebas pencemaran.

Cabaran kayuhan terakhir

Seorang peserta yang berjaya sampai ke menara jam, Abdul Jalil Abdul Hamid (Jay), 31, memberitahu dia melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal sejak 2009.

Menggunakan basikal jenis Jamis Trail X3 tahun 2009 yang dibeli pada harga RM1,500, katanya basikal itu boleh digunakan untuk kayuhan off road dan juga on road.

Untuk mengekalkan stamina, Jay berkayuh di laluan off road sekitar Kuala Lumpur seperti di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Taman Cabaran Putrajaya pada waktu siang.

"Pada waktu malam pula, saya menjalani latihan berbasikal di lebuh raya MEX dan DUKE," katanya yang pernah berkayuh ke Pulau Pangkor, Perak yang merupakan kayuhan pertama touring meliputi jarak keseluruhan 180 kilometer, bermula dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurutnya, selain latihan berbasikal, dia juga gemar mendaki gunung, berjoging dan bermain futsal untuk mengekalkan stamina.

Mengulas program berbasikal ke Bukit Fraser itu, katanya ia adalah pengalaman pertama dengan kayuhan awal agak santai kerana bukit yang tidak berapa memacak.

"Cabaran hanya pada cahaya matahari yang terik, selain pada permulaan kayuhan, basikal saya menghadapi masalah di mana brek belakang tidak berfungsi dengan baik.

"Tetapi selepas dibaiki dan dibantu rakan-rakan, masalah tersebut dapat diatasi," katanya.

Pada mulanya, Jay berkayuh bersama rakan-rakan, tetapi ketika tiba di kawasan air terjun kecil di tepi jalan raya, keadaan muka bumi di situ mulai menaik dengan kecerunan 30 darjah.

"Dari situ, saya mula berkayuh sendirian sebab terpisah dengan rakan-rakan lain. Ketika tiba di Rumah Rehat Gap, barulah saya bertemu semula dengan Mohd. Firdaus Mohd. Sawal, 28.

"Walaupun hujan, kami berdua tekad meneruskan kayuhan. Segala tenaga dikerah. Setiap kali tiba di batu penanda yang bertulis jarak setiap satu kilometer yang telah kami dilalui, kami kembali bersemangat.

"Kilometer terakhir sangat memenatkan kerana dalam keadaan basah kuyup dan penat, kami terpaksa mendaki kecerunan 45 darjah. Ia benar-benar mencabar tetapi alhamdulillah, saya selamat tiba di menara jam pada pukul 3 petang," ceritanya bersemangat.

Sementara itu, Mohd. Firdaus tiba sekitar pukul 4.04 petang. Dia yang menggunakan basikal jenis Merida berkata, sebelum menyertai program tersebut, beliau menjalani latihan di Bukit Cherakah, Shah Alam.

"Bila dikenang semula, berbasikal di Bukit Cherakah lebih susah kerana Bukit Sapu yang dilalui di situ memiliki kecerunan yang lebih pacak," katanya yang hanya akan berhenti mengayuh apabila terasa kaki mulai kejang.

"Apa yang paling menarik dalam program berbasikal ini adalah pemandangan hijau di sepanjang perjalanan amat mengagumkan, manakala desiran air terjun di tepi jalan raya pula menenangkan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.