ARKIB : 19/05/2012
Larian gunung tawar hadiah lebih lumayan
Berbeza dengan aktiviti mendaki tebing batu (rock climbing) atau memanjat tebing tiruan (wall climbing) yang memerlukan seseorang itu memiliki kemahiran tertentu, aktiviti mendaki gunung-ganang dan bukit-bukau dalam negara sekadar memerlukan kekuatan mental, ketahanan fizikal dan sedikit kemahiran ikhtiar hidup.
Lebih mengujakan pengikut aktiviti mendaki gunung hakikatnya lebih ramai berbanding dengan mereka yang menggemari aktiviti rock climbing mahupun wall climbing. Ini dapat dibuktikan dengan penyertaan peserta program mendaki gunung yang pelbagai peringkat usia daripada usia belasan tahun sehinggalah melewati usia 60 tahun ke atas.
Menyedari minat yang semakin bercambah itu, maka Kerajaan Negeri Terengganu bersama PKN kembali menyemarakkan aktiviti mendaki gunung dalam bentuk pertandingan.
Tampil sekali lagi selepas kejayaan perlumbaan mendaki gunung Yam Tuan Antah Challenge (YTAC) 2012 yang diadakan di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan pada 12 Februari lalu, kali ini negeri Terengganu menjadi pilihan.
Program yang dinamakan larian mendaki Gunung Berembun (Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2012) itu sebenarnya telah memasuki edisi kedua. Edisi pertama diadakan pada tahun lalu.
Ia menawarkan hadiah yang lebih tinggi dan menarik buat para peserta yang mana penganjuran acara ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu serta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Menurut kenyataan PKN, ia diadakan bagi mempromosikan Gunung Berembun yang kaya dengan khazanah alam semula jadi yang menjadi aset negeri Terengganu dan perlu dihayati oleh semua pihak sama ada berbentuk sukan rekreasi, pelancongan, sejarah, perhutanan, alam sekitar mahupun pendidikan.
Pertandingan ini akan diadakan di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong pada 30 Jun 2012. Dengan ketinggian 1108 meter atau 3405 kaki, Gunung Berembun yang terletak di hutan lipur tersebut berada dalam kawasan Hutan Simpan Pasir Raja Dungun, Terengganu.
"Hutan lipur ini turut mempunyai air terjun setinggi 305 meter dan pastinya, ia menjanjikan kepuasan kepada para peserta larian.
"Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai keseluruhan bernilai RM27,500 dengan sasaran peserta dari dalam dan luar negara seramai 400 orang.
"Secara teknikalnya, pertandingan ini memerlukan peserta berlari dari Air Terjun Chemerong ke check point yang telah ditetapkan penganjur mengikut kategori," kata kenyataan tersebut kepada S3.
Mengenai kategori pertandingan pula, ia terbahagi kepada tujuh kategori iaitu Terbuka Lelaki/Wanita (22 tahun ke atas), Terbuka Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Terbuka Remaja Lelaki/Wanita (15-21 tahun) dan Tertutup Terengganu Lelaki/Wanita (18 tahun ke atas.)
Yuran penyertaan bagi kategori Terbuka Lelaki/Wanita adalah RM60, kategori Terbuka Veteran Lelaki RM40, kategori Terbuka Remaja Lelaki/Wanita RM30 dan kategori Tertutup Terengganu Lelaki/Wanita RM40.
Acara ini turut mendapat sokongan rakan penaja utama seperti Deuter, Salomon, Corezone, 100 Plus, Milo, Power Bar, Pro Fresh dan majalah Santai. Selain itu, pelbagai acara sampingan turut diadakan bagi memeriahkan pertandingan seperti Pameran dan Jualan, Cabaran Fotografi Media, Lawatan Kembara Bersama Media, Pertandingan Mewarna dan Cabutan Bertuah.
Mereka yang berminat untuk menyertai larian ini boleh dapatkan borang penyertaan menerusi laman web www.kembaranegara.com. Semua borang hendaklah diserahkan bersama yuran penyertaan dan bayaran boleh dibuat secara tunai/wang pos/cek di atas nama PERSATUAN KEMBARA NEGARA sebelum 28 Jun 2012.
Terpesona kemeriahan pesta air Port Dickson
BELIA FELDA TAKLUK ISLAND PEAK
Jelajah ekstrem Gua Batu Maloi
Shah seronok meluncur air
NOA takluk Gunung Benum
Taman rekreasi berlatarkan hutan menghijau
Azrul takluk benua Antartika
Menyondol Gunung Kajang
Berbasikal lasak sekitar Beranang
Melawat sambil belajar ke Perth
Demam modifikasi DTM motard
Turun gunung ke majlis kahwin
Showcase Anak Muda
Kem untuk pelbagai aktiviti
MMB hiburkan anak yatim
Tampal tayar dengan RM5
Rekreasi berkuda di Tekala
Menjejaki puncak Gunung Kerinci
Seronok menunggang kuda
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









