VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PRODUK

ARKIB : 03/08/2012

Lazada ubah trend membeli belah di Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Ogos Lazada.com.my, yang merupakan laman web terbesar di Asia Tenggara dan setanding laman web popular Amazon.com, kian menjadi destinasi pilihan utama pembeli online di Negara ini.

Dalam jangka masa 3 bulan ia beroperasi, kunjungan yang dicatatkan melebihi 40,000 setiap hari.

Menurut Alexa Ranking System, pencapaian ini telah meletakkan prestasi Lazada.com.my di antara 200 laman web yang paling banyak dilayari di Malaysia.

Kemampuan Lazada menyediakan perkhidmatan yang efektif, mudah dan pantas merupakan faktor terbesar kejayaan mereka.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan termasuk servis penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, polisi pemulangan atau penukaran semula produk selama 14 hari tempoh pembelian dan juga servis “Cash On Delivery" di sekitar Lembah Klang.

Selain itu, Lazada juga menjanjikan harga terendah dengan jaminan ketulenan untuk setiap produk yang dibeli.

Dengan lebih daripada 16,000 produk yang ditawarkan termasuklah barangan elektronik, buku, peralatan rumah dan hiasan, mainan kanak-kanak, permainan video, kesihatan dan kecantikan, serta peralatan sukan, Lazada disasarkan menjadi tumpuan utama kepada semua Warga Malaysia yang gemar membeli-belah secara online.

Malahan, terdapat lebih 500 jenama tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan bagi setiap kategori termasuklah, Samsung, Nikon, Nokia, Philips, Yonex, Dunlop, Wilson, Carlton, Cornell, Huggies, Hello Kitty dan One Drop Perfume.

Pelancaran kategori fesyen telah juga menarik perhatian pelanggan dan dapat memperkembangkan lagi pilihan produk kepada pelanggan.

Menurut Nielsen, tahun 2011 mencatatkan sebanyak RM4.5 billion pembelian online iaitu 33 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Ia dijangka akan meningkat kepada RM15 bilion pada tahun 2014.

Perkembangan luar biasa hasil runcit di atas perhubungan Amerika Syarikat dan Eropah ini menunjukkan petanda baik bagi syarikat-syarikat e-dagang yang baru bertapak di Asia Tenggara.

“Masih banyak lagi peluang untuk semua peruncit online di Malaysia," kata Ketua Pengarah Urusan Lazada, Giacomo Ficari.

Beliau bekata, “dengan penggunaan Internet yang meluas dan penglibatan media sosial serta kenaikan pendapatan, warga Malaysia kini mampu meningkatkan lagi jumlah pembelian barangan secara online.

"Antara cabaran yang dihadapi oleh semua peruncit online adalah kesukaran proses atau keadah pembayaran yang terhad untuk semua warga Malaysia. Menyedari hakikat ini, warga Lazada berusaha untuk memudahkan semua pelanggan dan menjamin keselamatan maklumat peribadi pelanggan," katanya.

Beliau menambah, “kami mempunyai pelbagai kaedah pembayaran di Lazada Malaysia, dengan menggunakan Sistem Kawalan Keselamatan Pembayaran melalui proses berulang - saringan membolehkan pelanggan membuat pembayaran melalui kad kredit, pemindahan transaksi bank, iPay88 dan juga melalui telefon yang akan dilayan oleh pegawai khidmat pelanggan kami."

Selain daripada Malaysia, Lazada juga terdapat di beberapa negara di Asia Tenggara iaitu Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand yang juga telah dibangunkan dan bergerak secara aktif dalam tempoh masa yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.