ARKIB : 27/05/2012
DealHangat! tawarkan promosi diskaun terhangat di Malaysia
KUALA LUMPUR 26 Mei - Sebagai satu lagi nilai tambah, Utusan Online baru-baru ini mengadakan perkongsian strategik dengan DealHangat! (www.dealhangat.com) bagi menawar para pembaca online, pada setiap hari, tawaran diskaun terhangat bagi pembelian barangan, produk dan perkhidmatan tempatan yang terbaik.
Sekarang ini menduduki tempat ke-11 bagi laman web beli-belah kolektif secara online di Malaysia, DealHangat! membezakan ia dengan laman-laman web beli-belah yang lain dengan memenuhi segala tuntutan pasaran Malaysia dari sudut penjualan dan pembelian.
“Dengan memberi tumpuan kepada industri dan bisnes tempatan, serta memusatkan strategi jualan kepada pasaran tempatan, semua urusan jual beli, baik di laman web DealHangat! dan cara pemasaran melalui media sosial, dilakukan dalam bahasa Melayu bagi mengalakkan hubungan sesama masyarakat tempatan di samping membina kehadiran jenama yang kukuh," kata Pengarah DealHangat!, Khairul Fauzi Sabani.
“Kami menyasarkan untuk memberi perkhidmatan berkualti dan menyediakan platform jualan secara online yang menyeluruh kepada syarikat-syarikat lokal. Kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pasaran tempatan Malaysia kerana kami yakin banyak bisnes lokal memerlukan sedikit lagi dorongan bagi menjayakan pemasaran produk mereka.
“Walaupun kini sudah terdapat banyak laman web beli-belah kolektif secara online, namun DealHangat! merupakan laman web pertama seumpamanya yang dikhususkan kepada pasaran Malaysia dalam semua segi," tegas beliau.
DealHangat! memberi tumpuan kepada pemasaran premis makanan dan minuman halal, perkhidmatan kecantikan dan spa, aktiviti sukan dan luar, pelancongan, gajet dan peralatan elektronik, serta barangan dan produk keperluan seharian.
Selain itu, DealHangat! telah mewujudkan beberapa perkongsian strategik termasuk dengan Bizzy Body (Wyann lnternational (M) Sdn Bhd), My Body Secrets Sdn Bhd, DinoDirect, PickRice, Little Jakarta Wareong, Vogue Nail Spa and Lounge and Hani Marini Treasures.
Dalam usaha meningkatkan lagi jualan di laman web, DealHangat! turut bekerjasama dengan peniaga-peniaga kecil online dengan menjemput mereka menggunakan landasan DealHangat! bagi peniaga-peniaga tersebut memasarkan produk mereka serta memperluaskan perniagaan.
“Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, para peniaga berkenaan akan beroleh satu sistem pembayaran yang menyeluruh serta antaramuka e-dagang yang tulen, di samping kempen pengiklanan, pemasaran dalam media sosial dan ruang hosting," kata Khairul Fauzi.
DealHangat! merundingkan promosi diskaun dengan syarikat-syarikat yang popular dan kemudian menghantar pelanggan-pelanggannya peringatan harian menerusi e-mel, Twitter dan Facebook.
Diskaun itu terguna pakai hanya apabila sejumlah minimum pelanggan bersetuju memberi barangan atau produk tersebut, sekali gus menggalakkan para pelanggan berkongsi promosi tersebut dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Laman web: http://dealhangat.com
Facebook: http://www.facebook.com/DealHangat
Twitter: http://twitter.com/dealhangat
Mickey, Minnie untuk si kecil
Kagumas lahirkan graduan kulinari
Khodijah kini mahir menjahit
Membeli sambil beramal
Keserasian Xavier, Alfred
Kolagen ikan laut
Butik untuk semua
Rawat wajah di spa
Rezeki popia mini
Nori usahawan magnet
Ekspo rai raja sehari
Pemenang Peraduan Bonanza Power Root
Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi!
L'Occitane inspirasi herba
Berniaga tanpa modal
Lazada ubah trend membeli belah di Malaysia
DealHangat! tawarkan promosi diskaun terhangat di Malaysia
Olympus perkenal kamera tahan lasak terbaharu TG-1
Komli Media ambil alih Admax
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










