VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 22/11/2013

Pemimpin perlu buat penafian terbuka

SHAH ALAM 21 Nov. - Dewan Ulama Pas Perak hari ini mendesak pemimpin-pemimpin parti itu yang terpalit dengan segala aktiviti Islam liberal dan pluralisme menafikan penglibatan mereka secara telus dan terbuka.

Jurucakapnya, Suhaimi Abdul Wafiq berkata, pihaknya juga meminta pemimpin-pemimpin terbabit menarik balik sokongan moral kepada Islam liberal dan pluralisme terutama yang didukung oleh Islamic Renaisansse Front (IRF) dengan segera, sebelum UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadikannya sebagai alasan dan senjata untuk menghentam Pas dan kepimpinannya.

"Melalui idea-idea asas Islam liberal dan pluralisme itu telah menyebabkan berlakunya penolakan negara Islam yang syumul dan hukum-hakam syariat, selain memperlekehkan ulama-ulama silam.

"Maka hendaklah Pas dan seluruh pemimpin dan ahlinya menentang dengan segala kudrat yang ada untuk mengembalikan kekuatan Pas yang berteraskan Islam, bermatlamat menegakkan negara Islam, mendaulatkan syariat Islam dan memperjuangkan pemikiran Islam yang syumul. Semua ini adalah tunjang utama kekuatan Pas," katanya.

Desakan tersebut merupakan salah satu usul yang telah dibentangkan oleh dewan berkenaan dalam Muktamar Dewan Ulama Pas ke-52 di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari ini.

Hakikatnya Suhaimi berkata, gerakan-gerakan seperti IRF itu telah menggunakan nama Islam tetapi menyembunyikan agenda kekufuran.

Terdahulu beliau turut menyebut Sisters In Islam (SIS) sebagai salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam liberal yang telah pun disenaraikan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Pas sebagai parti yang memperjuangkan dasar dan pemikiran Islam, wajiblah menghadapi IRF dengan tegas. Ketetapan juga perlu dibuat agar tiada pemimpin Pas sama ada di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan terbabit dengan Islam liberal dan pluralisme yang didukung oleh IRF.

"Malah, organisasi-organisasi Pas seperti Harakah, Harakahdaily dan pengkaderan serta wacana-wacana Pas perlulah dijauhi daripada IRF. Kita wajib memboikot aktiviti-aktiviti IRF dan segala pemikiran yang ditaja oleh gerakan itu," ujarnya.

Sementara itu, Dewan Ulama Pulau Pinang melalui jurucakapnya, Syafiq Hasnain telah mengemukakan usul mendesak Pas Pusat mewujud dan menggerakkan mekanisme penyelarasan dan dasar bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Ujarnya, ini bagi memastikan segala dasar kerajaan negeri dan lantikan perjawatan di peringkat kerajaan negeri dibuat secara persetujuan bersama melibatkan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.