VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 09/10/2013

PRK Sungai Limau: Semakan pengundi mulai esok - SPR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah boleh membuat semakan urusan pengundian menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SMS atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, bermula esok.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said dalam satu kenyatan hari ini berkata orang ramai boleh membuat semakan butiran peribadi seperti pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri mengikut Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi tempat mengundi masing-masing.

Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPR jarak-semak-jarak nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 atau melalui telefon di talian 04-7001313.

Bagi pilihan raya kecil itu, SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Sept lepas, mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, dari Pas, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lepas berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

SPR menetapkan 23 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 November jika ada pertandingan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.