VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 16/04/2013

Kemelut dalaman punca Kit Siang lari ke Johor?

JOHOR BAHRU 15 April - Punca sebenar Penasihat DAP, Lim Kit Siang memilih untuk bertanding di Gelang Patah bukan semata-mata untuk membawa perubahan.

Sebaliknya, tindakan itu disifatkan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong adalah untuk menyembunyikan ketidakupayaan Kit Siang selain menjadi taktik biasa bagi parti berkenaan.

Menurut Tee Yong, antara kegagalan Kit Siang sehingga memaksanya 'lari' ke Johor ialah gagal membela hak orang bukan Islam di Kedah yang menentang polisi Pas di negeri itu yang tidak mengambil kira kepentingan masyarakat Cina.

Pada masa sama, Tee Yong turut menyelar DAP yang dilihat tidak memainkan peranan untuk menegakkan keadilan selain memastikan Pas melayan mereka dengan adil.

"Bukan lagi rahsia bahawa DAP di Perak berpecah dua dan saling bercakaran. Walaupun Kit Siang ada di Perak selama lima tahun sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, beliau gagal mengendalikan perebutan kuasa ini dan terpaksa meninggalkannya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tee Yong yang juga penyandang kerusi Parlimen Labis turut menggariskan faktor lain yang menyebabkan veteran DAP itu 'melarikan diri' ke Johor iaitu kerana faktor ekonomi negeri di selatan tanah air itu yang semakin kukuh.

Katanya, kewujudan Wilayah Iskandar Malaysia yang menarik kemasukan pelabur asing turut menjadi faktor kenapa Kit Siang membuat keputusan bertanding di Johor.

Menurut Tee Yong, masalah dan keperluan kaum Cina Johor selama ini diperhalusi dan diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional termasuk peruntukan tanah penempatan semula sekolah jenis kebangsaan Cina, pengurniaan tanah untuk tokong serta kampung baharu.

"Dari sudut lain, bagaimana pula nasib masyarakat Cina di Kelantan? Jika Kit Siang mahu membawa perubahan di sana (Kelantan), itu lebih baik.

"Tetapi dia merancang 'ubah' Johor bagi menyelamatkan prestasi buruk Pulau Pinang dalam menarik pelaburan asing langsung (FDI)," katanya.

Tee Yong berkata, tindakan DAP berkompromi menyerahkan kerusi tradisi parti itu kepada rakan pakatan pula telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi.

Pada masa sama, Tee Yong menyifatkan, tindakan Kit Siang membangkitkan isu 'perebutan' kerusi MCA sebagai tidak bijak kerana DAP sendiri berhadapan dengan masalah yang serupa.

Tegasnya, Kit Siang dan DAP hanya tahu memperkatakan mengenai slogan dan mencetus kebencian namun tidak menyelesaikan masalah rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.