VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 16/04/2013

Keluarga terpaksa merelakan - Nik Abduh

KOTA BHARU 15 April - Biarpun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berada dalam keadaan uzur sehingga terpaksa diusung semalam, namun keluarganya terpaksa merelakan itu semua demi memenuhi kehendak rakyat.

Anak Menteri Besar Kelantan itu, Nik Abduh memberitahu, ayahnya itu sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan namun ditolak oleh parti kerana rakyat negeri ini masih memerlukan kepimpinan beliau.

Beliau bagaimanapun berkata, keadaan kesihatan ayahnya masih baik dan kejadian semalam berlaku disebabkan kekejangan kaki kerana terlalu lama berada di dalam kereta.

"Saya sudah telefon beliau di Johor semalam, ayah memaklumkan yang dia hanya mengalami kekejangan kaki kerana terlalu lama naik kereta dan perjalanan pula jauh.

"Kejadian diusung ini tidak boleh dijadikan isu kesihatan sebab ayah tidak masuk hospital pun dan keadaan ayah sekarang sihat dan semakin bersemangat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umum tarikh pilihan raya. Semua orang sihat kerana tumpu kepada pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan bapanya terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Batu Pahat semalam.

Nik Abdul Aziz berada di Johor selama dua hari bermula kelmarin dalam rangka kempen Pas di negeri tersebut termasuk mengumumkan calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri serta Parlimen.

Nik Abduh berkata, perjuangan bapanya dalam politik tidak akan berhenti sehingga mati.

"Ayah sudah sebut hendak berhenti beberapa kali, maksud saya jawatan tetapi perjuangan akan diteruskan sehingga mati tetapi parti sudah putus ikut kehendak rakyat dan rakyat negeri ini masih mahukan beliau terus mentadbir.

"Selagi mampu ayah akan terus memikul tugas, kita yakin sehingga hari ini tidak ada apa-apa. Sebagai pemimpin berusia, beliau akan lakukan caranya, pemimpin muda akan lakukan cara orang muda, mana yang orang tua tidak boleh pergi orang muda pergi," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.