VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 01/04/2013

BN yakin sokongan golongan muda di Parlimen Pokok Sena

AHMAD Lebai Sudin (dua, kanan) bersalaman dengan ahli Pemuda yang menyertai Perhimpunan Orang Muda Parlimen Pokok Sena di Dataran Pokok Sena, Kedah, semalam. Turut serta, Haris Che Mat (tiga, kanan) dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail (tengah). - BERNAMA

POKOK SENA 31 Mac - Kehadiran kira-kira 10,000 orang pada program Himpunan Orang Muda Parlimen Pokok Sena hari ini jelas menunjukkan sokongan penduduk di kawasan ini terhadap Barisan Nasional (BN), kata Penyelaras BN Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Beliau berkata, kehadiran orang muda berumur 21 hingga 35 tahun pada program yang berlangsung di Dataran Pokok Sena itu telah menyuntik semangat jentera pilihan raya UMNO dan BN untuk bekerja lebih kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pemuda UMNO telah turun padang menemui golongan muda dan berjaya mendaftar lebih 8,000 pengundi baharu di kawasan ini, katanya.

Sokongan yang diberikan itu telah meningkatkan keyakinan BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Pokok Sena daripada Pas pada PRU-13, kata Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena.

Katanya, kegagalan Pas menunaikan janji melaksanakan projek perumahan Taman Bandar Sejahtera dan Bandar Puteri di sini menyerlahkan kelemahan parti itu dan wajar untuk rakyat menolak mereka.

Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah, Haris Che Mat yang turut hadir pada program itu berkata, BN yakin merampas kembali Parlimen Pokok Sena dan Dewan Undangan Negeri Bukit Lada memandangkan kira-kira 40 peratus daripada hampir 85,000 pemilih dalam kawasan Parlimen Pokok Sena adalah pengundi kali pertama dan muda. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.