VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 28/03/2013

Lagi klip video pemimpin pembangkang lakukan aksi lucah

PETIKAN rakaman video yang memaparkan seorang pemimpin pembangkang Kedah berbual secara maya di pejabatnya baru-baru ini.

PETIKAN rakaman video yang memaparkan seorang pemimpin pembangkang Kedah tidak berbaju ketika berbual secara maya dipercayai dengan seorang wanita baru- baru ini.

KULIM 28 Mac - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah hari ini mendedahkan satu klip video rakaman gambar aksi perlakuan lucah yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang peringkat negeri.

Sedutan gambar itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju dan kemudian membuka seluar sambil menunjukkan kemaluannya.

Klip video yang panjang 1 minit 36 saat tersebut dimuat naik ke dalam blog 1cilipadi.blogspot.com pada awal pagi ini.

Pengerusi badan terbabit, Khairul Anuar Ramli berkata, klip video tersebut dipercayai dirakam melalui satu perbualan maya antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita melalui aplikasi Facebook.

"Lelaki dalam video tersebut memegang jawatan penting dalam salah satu cabang di negeri Kedah selain berkhidmat sebagai Ahli Majlis untuk satu pihak berkuasa tempatan (PBT),'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, Khairul Anuar berkata, pihaknya mendesak agar individu berkenaan tampil membuat penafian sekiranya rakaman tersebut bukan dirinya. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.