VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 16/03/2013

7 dosa besar pembangkang

TANAH MERAH 15 Mac - Pakatan pembangkang telah melakukan tujuh dosa besar kepada seluruh rakyat Malaysia, maka mereka perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya.

"Pas tidak mempertahankan kalimah Allah. Pas tidak mempertahankannya, kenapa ? Kerana dia kira kerusi, kerana takut DAP dan kerana kira undi maka Pas tidak letakkan Islam di tempat paling tinggi.

"Kalau berjuang atas nama Islam, kalau parti Islam kenapa tak letakkan Islam di tempat tertinggi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri yang dihadiri lebih 50,000 rakyat Tanah Merah di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, dosa kedua yang dilakukan pembangkang ialah perjanjian sulit antara Pas dan DAP selepas pilihan raya umum lalu apabila Pas memberikan lebih 4,000 hektar kepada dua pemimpin DAP Perak semata-mata mahu jawatan Menteri Besar Perak dijawat oleh pemimpin Pas.

Beliau berkata, dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya manakala dosa keempat ialah keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menghina anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah.

Menurut Najib, dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.

"Orang kata pengkhianat bangsa dan negara, saya kata perbuatan yang keji daripada pemimpin yang keji, jadi hukum untuk pemimpin yang keji ialah kita tolak mereka.

"Dosa kelima ialah janji tidak ditepati. Janji kosong, janji 2008 tinggal janji, tanya pada ibu tunggal, warga emas dan yang menghantar anak di tadika. Dapat elaun tak, mereka tak dapat, hampa," kata beliau.

Sementara itu, menurut beliau, dua lagi dosa besar yang dilakukan pembangkang ialah apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.

"Dulu dalam tragedi Memali katanya kalau bunuh orang kerajaan, bunuh polis maka isytihar syahid, dikebumikan tanpa kafan, kerana mereka kata tahaluf siyasi Barisan Nasional (BN) tetapi hari ini mereka tahaluf siyasi dengan DAP.

"Apabila dia nak buat negara Islam, pemimpin DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas pula tunduk, tetapi hari jadi pergi ke rumah dia, di manakah maruah orang ini.

"Dosa yang ketujuh ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud, mereka ini tipu, 'belawok'," tegas Perdana Menteri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.