VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 04/03/2013

Kenyataan Tian Chua 'mainan politik yang cukup hina'

KANGAR 3 Mac - Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menuduh insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO bagi menakutkan rakyat sebagai mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketika membuat kecaman itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu menggambarkan sikap mereka yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan sekali gus tidak layak dipilih sebagai pemimpin.

"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Perlis di Stadium Utama, di sini hari ini.

Tian Chua seperti dipetik menerusi lidah rasmi PKR, keadilandaily.com kelmarin mendakwa, kejadian yang menyebabkan kematian anggota keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya 'sandiwara kerajaan' untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Najib berkata, pemimpin pakatan pembangkang sepatutnya tidak bermain politik dalam perkara membabitkan soal keselamatan dan nyawa manusia.

"Kita tidak boleh main sandiwara kerana tidak ada orang pun yang mahu jadi pelakon sehingga sanggup mati," katanya

Najib berkata, kerajaan BN tetap akan membela anggota keselamatan yang disifatkan sebagai perwira yang sanggup berkorban segala-galanya demi negara.

Katanya, beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua anggota polis yang terkorban ketika berjuang mempertahankan negara dalam kejadian di Lahad Datu itu.

"Mereka ini pejuang yang patut kita sanjung dan contohi, bukannya dihina dan diperlekehkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.