VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 01/03/2013

Tunjuk borang bukti saya masuk Pas - Musa

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencabar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengemukakan bukti jika benar beliau sudah menyertai Pas.

"Minta dia (Mat Sabu) tunjukkan borang keahlian yang sudah saya tandatangani jika benar saya sudah masuk Pas," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Mohamad Sabu yang beliau sudahpun mengisi borang menyertai Pas.

Menurut Musa, dakwaan Mohamad Sabu itu tidak benar kerana beliau tidak pernah mengisi dan menghantar borang permohonan untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini.

Malah, beliau langsung tidak berminat untuk menceburi bidang politik selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Mana ada saya masuk Pas... saya tidak masuk mana-mana parti politik. Bagaimana saya boleh masuk Pas jika saya sendiri tidak pernah menandatangani borang untuk menyertai parti tersebut," katanya.

Menurut Musa, pemimpin politik seperti Mohamad Sabu mungkin mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai terutama di kalangan anggota polis supaya menyokong partinya setelah melihat beliau kerap menegur PDRM.

"Jika saya memberi teguran kepada PDRM bukan bermakna saya bencikan pasukan keselamatan itu dan kerajaan.

"Saya menegur kerana sayangkan PDRM dan berharap teguran yang diberi dapat membaiki mutu perkhidmatan serta membawa kebaikan kepada pasukan tersebut," jelasnya.

Tegasnya, pemimpin politik tidak wajar mengambil kesempatan di sebalik teguran tersebut untuk kepentingan parti masing-masing kerana beliau sendiri tidak pernah berminat mahu melibatkan diri dalam politik.

Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Bachok, Kelantan malam tadi menyeru anggota polis dan tentera menyertai pakatan pembangkang memandangkan bekas-bekas ketua mereka telah berbuat demikian termasuk Musa yang didakwanya sudah mengisi borang menyertai Pas.

"Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sudahpun mengisi borang menyertai Pas, kalau orang besar sudah masuk Pas, anggota-anggota yang biasa-biasa ini tunggu apa lagi," katanya dalam ceramah perdana yang dihadiri kira-kira 500 orang sahaja.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.