VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 14/02/2013

Pas bakal perjuang prinsip liberalisme

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Pas akan muncul sebagai sebuah parti yang masih dikaitkan dengan Islam tetapi berjuang atas prinsip liberalisme Barat sama seperti perjuangan rakan sekutu parti tersebut, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, keadaan itu berlaku disebabkan kebijaksanaan mainan politik DAP dan PKR sejak Pas menjadi anggota pakatan pembangkang.

''Untuk itu manusia-manusia seperti Zainon Ismail atau Cikgu Non, Nasharudin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden Pas) dan mungkin saya yang menuntut Pas balik ke perjuangan asal untuk mendaulatkan Islam dilihat tidak mempunyai tempat di dalam parti.

''Bagi puak parasit kehadiran kami di dalam Pas dianggap seperti duri dalam daging dan kami di tuduh sebagai penghalang kepada kerakusan nafsu politik mereka untuk merampas Putrajaya,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas wawancara antara Utusan Malaysia dan Zainon juga dikenali sebagai C.N Al-Afghani yang disiarkan kelmarin berhubung dakwaannya mengenai penyelewengan Tabung Memali.

Hakikatnya Hasan berkata, pengaruh luar termasuk cengkaman puak parasit atau Anwarinas di dalam Pas telah mencelarukan lagi sistem pengurusan parti itu.

Atas pengaruh puak berkenaan beliau berkata, Pas kini dilihat semakin hari semakin jauh meninggalkan pangkalan asalnya iaitu perjuangan mendaulatkan Islam.

''Apa yang terjadi kepada Zainon kepada saya dan terkini kepada Nasharudin tidak syak lagi adalah permainan politik puak parasit atau Anwarinas itu,'' ujarnya.

Mengulas lanjut Hasan berkata, Pas pernah berada dalam era keemasan ketika parti tersebut dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor serta pemimpin-pemimpin sebelum itu antaranya Dr. Burhanuddin Helmi dan Prof. Zulkifli Mohd.

''Namun era itu telah berlalu. Kini Pas berada dalam era yang paling mencabar. Sistem pentadbiran free for all tanpa sempadan antara fungsi penasihat dan eksekutif adalah antara halangan pengurusan yang menghambat kelancaran urusan parti,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasan menghargai perjuangan Zainon memartabatkan Islam walaupun mendapat tentangan daripada Pas kawasan, negeri dan Pusat.

''Walaupun diherdik, diaibkan dan dibelasah oleh pimpinan Pas kawasan, negeri dan Pusat, namun guru yang kononnya hanya layak mengajar ABC itu tidak pernah menoleh ke belakang,'' katanya.

''Cikgu Non terus maju ke hadapan menongkah arus yang datang daripada pelbagai penjuru semata-mata atas nama perjuangan Islam. Semangat perjuangan yang begitu kental seperti yang ditarbiyahkan sendiri kepada beliau oleh Allahyarham Fadzil,'' katanya.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan kata Hasan, Zainon telah dihukum oleh parti kesayangannya dengan cara yang begitu zalim apabila bekas guru itu telah dipecat daripada Pas.

''Apa salah beliau. Daripada mulut dan tulisan Zainon, beliau sendiri telah mengemukakan berbagai fakta. Umpamanya mengenai isu Memali bagi pihak balu-balu dan anak-anak yatim Memali. Beliau menagih keadilan untuk waris para syuhada.

''Beliau mempersoalkan ke mana perginya wang derma Memali yang jumlahnya agak besar sehingga kini tiada khabar berita. Jauh sekali kalau hendak dipertontonkan kira-kira akaun wang masuk dan keluar demi menjaga prinsip ketelusan, amanah serta tanggungjawab,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.