ARKIB : 21/01/2013
Hadi akan pertahan Majlis Syura Ulama
KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.
Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.
"Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau menyatakan perkara itu bagi pihak Presiden Pas berhubung gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Menurut Karpal, perkara itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.
Pengerusi DAP itu juga berharap supaya pendirian Pas berkaitan isu kalimah Allah tidak bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan Karpal itu mungkin memberi kesan kepada pakatan pembangkang, Ahmad Samsuri berkata, terserah kepada Pengerusi DAP mengenai perkara itu.
"Itu hak dia, terpulang kepada dia. Tetapi saya percaya, Tok Guru Haji Hadi tak akan berganjak daripada keputusan Majlis Syura Ulama," tegasnya.
Anwar terus hasut rakyat
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









