VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 15/01/2013

ADUN DAP Pulau Tikus isytihar jadi wakil rakyat bebas

PULAU PINANG 14 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Koay Teng Hai hari ini mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas selepas digantung keahlian oleh DAP secara rasmi pada 11 Januari lalu.

Teng Hai yang sebelum itu digantung oleh Jawatankuasa Disiplin DAP selama enam bulan kerana tidak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lepas mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, beliau telah menurunkan logo parti di pusat khidmatnya yang merupakan peraturan parti sewaktu ahli digantung.

"Pada masa sama, saya meminta penyokong bertenang," katanya pada sidang akhbar di pejabat pusat khidmatnya di sini hari ini.

Teng Hai berkata, beliau bagaimanapun akan membuat rayuan berhubung hukuman berkenaan dan akan terus berkhidmat kepada parti.

"Saya memohon maaf kepada penyokong kerana menyebabkan mereka berada dalam keadaan sukar dan bimbang dengan keputusan pergantungan ini," ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, tindakan Teng Hai ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu untuk memantau pilihan raya Presiden negara itu sehingga tidak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu merupakan satu kesalahan kerana tidak mendapat kebenaran parti.

Ketidakhadiran Teng Hai itu menyebabkan Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal mendapatkan majoriti dua pertiga untuk meluluskan Undang-Undang Anti Lompat parti yang dibentangkan ketika DUN bersidang sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap ADUN Pulau Tikus berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai 'penggantungan' itu, Teng Hai mengakui kesalahan yang dilakukannya dan menghormati keputusan Jawatakuasa Disiplin pada 11 Januari lalu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.