ARKIB : 13/01/2013
Bantuan murid prasekolah RM50
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus didesak menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu dalam masa terdekat ini termasuk 'berhutang' dengan murid-murid prasekolah di negeri itu.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengumpulkan maklumat berkaitan murid-murid yang pernah menghadiri pendidikan prasekolah di seluruh Selangor sejak tahun 2008.
"Usaha mengumpul maklumat dan profil murid-murid sedang dilakukan dan perhimpunan secara besar-besaran juga akan diadakan melalui jelajah pihak kami di seluruh kawasan Parlimen Selangor dalam tempoh sebulan bersama golongan ibu bapa.
"Himpunan ini bertujuan mendesak kerajaan negeri untuk menunaikan janji manifesto iaitu memberikan bantuan sebanyak RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah sejak tahun 2008 sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri demonstrasi aman Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kawasan Gombak, di sini hari ini.
Kira-kira 250 ibu bapa dari seluruh Gombak menyertai perhimpunan besar-besaran tersebut untuk terus mendesak Kerajaan PKR Selangor menunaikan janji manifesto yang telah dibuat.
Sohaimi berkata, tindakan kerajaan negeri itu yang memungkiri janji amat dikesali kerana sehingga kini mereka tidak melakukan sebarang usaha untuk melaksanakan janji berkenaan sebaliknya menjadikan orang lain sebagai 'kambing hitam'.
Selain itu katanya, pihak tersebut juga pandai memutarbelitkan kenyataan serta berdolak-dalik dengan janji yang ditaburkan apabila mengenakan syarat iaitu keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan sahaja dapat menerima bantuan tersebut.
"Pada awal manifesto, ia bermaksud semua anak Selangor yang memasuki prasekolah layak mendapat RM50 sebulan tanpa mengira pendapatan keluarga mereka.
"Namun sekarang, keadaan sebaliknya telah berlaku dan perkara ini sama sahaja dengan isu air, sebelum ini dalam manifesto janji hendak bagi air percuma tapi akhirnya mereka tidak menunaikannya. Kerajaan negeri berterusan menipu rakyat demi agenda mereka untuk berkuasa," tegasnya.
Koordinator Gerakan Tuntutan Manifesto Kerajaan Pembangkang Gombak, Datuk Said Anuar Said Ahmad pula berkata, kerajaan negeri harus bertanggungjawab dengan janji mereka.
"Demonstrasi ini bukan sesuka hati dibuat tetapi mahu menuntut apa hak rakyat, bayangkan mereka janji hendak bayar RM50 sebulan, sekarang sudah lebih empat tahun. Mana janji itu yang sepatutnya untuk meringankan beban rakyat," katanya.
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









