ARKIB : 03/01/2013
Koo Ham enggan ulas kemarahan rakyat Kelantan
IPOH 2 Jan. - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham enggan mengulas kemarahan rakyat Kelantan berhubung tindakan kerajaan Pas negeri itu meluluskan tanah kepada syarikat milik beliau, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek pembalakan.
Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu menegaskan, tanah seluas 4,000 hektar di Gua Musang bukan pemberian kerajaan Pas Kelantan sebaliknya diusahakan atas urusan perniagaan.
"Ini bukan satu projek yang kerajaan negeri bagi saya. Sebaliknya ini projek tanam semula pokok balak. Dua syarikat yang diminta (melaksanakan projek tersebut) sebelum ini gagal.
"Kami ambil alih (syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.) untuk tanam balik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kemarahan dan bantahan rakyat Kelantan terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan memberi 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Mereka turut menuntut kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi penjelasan terperinci berhubung tindakan berkenaan.
Blog Pisau.net sebelum ini mendakwa, Koo Ham serta sepupunya yang juga ADUN Pantai Remis, Kor Ming menerima tawaran tanah lebih 4,000 hektar di Kelantan sebagai balasan menerima Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas menjadi Menteri Besar pada 2008.
Selepas dokumen demi dokumen didedahkan kepada umum, Koo Ham akhirnya mengaku melabur dan mempunyai kepentingan dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan manakala Kor Ming menjadi salah seorang daripada ahli lembaga pengarah.
Sebelum ini, beberapa dokumen didedahkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menunjukkan Koo Ham memiliki 49 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala 51 peratus lagi dimiliki syarikat Efektif Kirana Sdn. Bhd. dengan nilai RM51 juta.
Bagaimanapun, carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati, Koo Ham yang juga seorang peguam memiliki hampir kesemua saham dalam Efektif Kirana menjadikan beliau pemilik hampir 100 peratus kepentingan dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd..
Koo Ham berkata, urusan berkenaan dibuat berikutan permohonan kerajaan negeri Kelantan sendiri yang meminta orang luar melabur dalam projek penanaman semula itu.
"Syarikat pertama gagal buat, syarikat kedua pun gagal. Jadi kita pula masuk untuk buat. Ia untuk membantu ekonomi negeri supaya mempunyai cukup pokok untuk industri perabot di sana," katanya.
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









