ARKIB : 02/01/2013
Jangan layan tuntutan Hadi - Syed Ali
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kerajaan tidak perlu melayan syarat yang diletakkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum menarik balik 'Amanat Haji Hadi' yang telah lama memesongkan pemikiran orang Melayu khususnya umat Islam negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, syarat yang diletakkan itu dilihat tidak munasabah dan hanya membuka ruang kepada Abdul Hadi untuk mengecam dasar-dasar kerajaan secara terbuka.
"Abdul Hadi mahu guna saluran RTM dan TV3, ini semua taktik licik beliau untuk menyampaikan propaganda secara langsung kepada rakyat.
"Permintaan Presiden Pas itu tidak sepatutnya dilayan sebagai orang yang istimewa kerana beliau sebenarnya bertanggungjawab mencipta 'Amanat Haji Hadi' sehingga merosakkan perpaduan dan penyatuan umat Islam," katanya dalam laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
Semalam Ahli Parlimen Marang itu memberitahu bahawa beliau sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum menarik balik amanat tersebut dengan syarat dialog itu dirakam.
Syarat kedua Abdul Hadi ialah dialog tersebut mesti disiar secara langsung oleh TV3 selama sejam.
Mengulas lanjut, Syed Ali menegaskan, dua syarat itu tidak bersifat ikhlas untuk beliau menarik balik amanat tersebut.
Malaysia Spring dirancang awal
Usaha damaikan Najib-Anwar hanya buang masa
Nik Nazmi tidak mengaku salah
Pas akui dasar belum sempurna
Perhimpunan di Padang Kota Lama ditolak
Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India
Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X
Minta MCA tidak pecat Siew Kiong
Pas lapang dada terima keputusan PRU-13
Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
BN terima keputusan Joseph Salang tolak jawatan
Pas terima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan Allah
Gerakan bukan 'political salesman' - Kohilan
Jusuf rintis Najib, Anwar damai
SPDP masih ada ruang
Kelantan sambut baik Kabinet
Pas terima hakikat menang, kalah dalam pilihan raya umum
Pas Terengganu ucap tahniah
Pelantikan tiga Ahli Parlimen Terengganu suatu sejarah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









