VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 01/01/2013

Takbur jika enggan tarik balik

Mohd. Noor Deris menunjukkan salinan Amanat Haji Hadi (kanan) dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIK pada 1981 mengenai kafir mengkafir di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 31 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Abdul Hadi sepatutnya menarik balik amanatnya itu tanpa bersyarat demi kepentingan umat Islam dan bertaubat.

Malah, beliau turut menyifatkan keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu tanpa bersyarat memperlihatkan sifat tamak dan mahu mengejar kuasa serta kedudukan dalam pilihan raya umum nanti.

"Saya menganggap beliau sangat malu untuk menarik balik amanatnya itu, seolah-olah merasakan jika ditarik balik jatuh harga diri dan hilang pengaruh.

"Di atas kebimbangan inilah beliau tidak mahu menarik balik amanatnya itu. Saya mengajak umat Islam, jangan ikut lagi pemimpin yang bersikap takbur seperti ini. Kalau tidak tarik balik, ertinya dia takbur walaupun tahu benda ini salah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang akan hanya menjelaskan mengenai amanat sekiranya kerajaan memberi peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurut Abdul Hadi, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan amanat itu sekiranya permintaan tersebut dipenuhi.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, pengalaman beliau dalam Pas termasuk menjadi jurunikah menyaksikan bagaimana Amanat Haji Hadi telah memecah-belahkan umat Islam termasuk sesama keluarga.

Antara kesan Amanat Haji Hadi itu kata beliau, bagaimana ibu bapa tidak membenarkan anak mereka yang dinikahkan jurunikah UMNO untuk tidur bersama kerana menganggap pernikahan tersebut tidak sah.

Menjelaskan lebih lanjut, menurutnya, ahli Pas hanya membenarkan anak mereka dinikahkan oleh jurunikah dilantik kerajaan semata-mata untuk mendapat surat nikah tetapi tidak membenarkan anak mereka tidur sekali bersama suami sehinggalah diakad nikah semula orang Pas.

"Setiap bulan Ramadan, kita (Pas) kalau tak ada madrasah berlainan, kita buat markas Pas, sehingga zakat fitrah pun kita tak bagi kepada kerajaan, majlis-majlis agama. Zaman saya dahulu, semua orang Pas bayar zakat kepada orang Pas, kadang-kadang duit zakat itu dibuat markas Pas. Hatta duit zakat fitrah pun tak dikeluar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

"Kenduri-kendara walau sekampung tak pergi, kalau pergi kita tanya daging disembelih orang Pas ke UMNO, kalau orang UMNO sembelih tak makan. Ini disebabkan fatwa bahawa orang UMNO kafir sebab orang UMNO asingkan politik dan agama," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong Maik mengeluarkan fatwa pada 1981 kerana bimbang masalah kafir-mengkafir termasuk akibat Amanat Haji Hadi boleh memecah-belahkan umat Islam.

"Kesan Amanat Haji Hadi ini amat besar, memalukan dan boleh membawa penyesalan.

"Saya menyesal kerana kita anggap UMNO kafir sehingga adik-beradik sendiri, macam abang ipar saya yang sokong UMNO, saya tak ikut dia menjadi imam, tidakkah kita berasa kesal sampai adik-beradik putus hubungan kerana amanat ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.