ARKIB : 01/01/2013
Presiden Pas sedia bersemuka dengan tokoh agama
KEMAMAN 31 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk bersama dengan tokoh agama dan mufti negeri-negeri dalam satu forum bagi menjelaskan amanatnya yang telah menyemarakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Beliau bagaimanapun masih menetapkan syarat sama iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu memberinya peluang membuat penjelasan selama sejam dan secara langsung di RTM serta TV3.
"Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan juga TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada kementerian untuk tentukan, tapi secara live (secara langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia (kerajaan) mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran.
"Boleh, boleh... (dialog bersama individu lain) tapi satu jam masa perlu diberikan. Syarat dia live," tegas Abdul Hadi kepada wartawan selepas melawat dan menyampaikan sumbangan mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai dan DUN Air Puteh dekat sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas itu bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah belahkan umat Islam.
Ditanya mengenai kenyataan Rais supaya surat permohonan dikemukakan bagi membolehkan hasratnya itu dipenuhi, Presiden Pas itu berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.
Katanya, kenyataannya tempoh hari yang memohon kerajaan khususnya kementerian berkenaan agar memberinya slot selama sejam untuk memperjelaskan isu amanat tersebut sudah memadai kerana permintaan itu dibuat secara terbuka.
"Surat apa lagi, media sudah buat secara terbuka (permintaan). Tak perlu (surat). Bukan saya minta, dia orang yang minta, saya tidak ada apa-apa. Dia buat, kita pergilah. Bila-bila masa dan mana-mana tempat," jelasnya.
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Ahli DAP tunjuk isyarat lucah
Ka Siong tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda MCA
Demonstrasi ahli DAP bantah Utusan tiada sambutan
Syor tubuh RCI tangkis tuduhan pembangkang
Dendam berterusan DAP kepada KDN
Sahabat karib Anwar kecewa
'Henti dedah rahsia DAP' - Karpal Singh
Pengerusi DAP didesak henti ugut pihak tidak sealiran
Exco: Pas 4, PKR dan DAP 3
BN balas sokongan rakyat
Mahasiswa propembangkang dicabar tolak PTPTN
Soi Lek perlu berundur demi masa ‘depan’ MCA - Robert Phang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









