VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 31/12/2012

PPPMM bantah tuntutan Guan Eng

AHLI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia melihat ‘patung’ Lim Guan Eng dibakar sebagai membantah sikap biadab Ketua Menteri Pulau Pinang itu di pekarangan Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 30 Dis. - Kira-kira 100 ahli Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) hari ini mengadakan bantahan dan membakar ‘patung’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai tanda protes berhubung tuntutannya yang mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, bantahan secara aman itu merupakan simbolik luahan rasa marah, kesal, dukacita dan rasa tercabar orang Melayu terhadap kebiadapan Setiausaha Agung DAP berkenaan yang dilihat cuba menggugat kedaulatan agama Islam.

‘‘Kami ingin mengingatkan Guan Eng agar jangan celupar dan cakap ikut suka hati sahaja tanpa memikirkan kesannya kerana tindakannya itu boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Isu kalimah Allah sudah dianggap selesai kerana muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam ke-82 pada Mei lalu telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh agama Islam," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam ucapan sambutan Hari Krismas baru-baru ini yang menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Katanya, pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan sekeras-kerasnya ke atas Guan Eng bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.