ARKIB : 31/12/2012
Koo Ham semakin melampau - Ilmu
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme.
“Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)
Koo Ham dalam Twitternya juga meminta pembangkang ‘bersatu’ dalam berdepan isu tersebut dengan tidak bertelagah antara satu sama lain.
Mengulas lanjut, Fathul Bari berkata, kerajaan tidak boleh sesekali tunduk dengan agenda jahat pihak tertentu menggugat kedaulatan agama Islam dengan menimbulkan semula isu penggunaan kalimah Allah.
“Penggunaan kalimah Allah bukan budaya dalam kalangan penganut Kristian di negara ini, jadi apa rasionalnya mereka mahu menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu?
“Sekiranya mereka berkeras mahu gunakan kalimah Allah, saya cabar mereka menukar nama kepada nama Islam," katanya.
Anwar terus hasut rakyat
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









