VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 02/12/2012

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.

"Dengan pembekuan ini, saya beri jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kita akan rancang dan laksanakan peningkatan 15 peratus gaji anggota-anggota polis yang di peringkat bawahan sebaik sahaja kita menang.

"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.

"Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah umum di Taman Muhibbah, Kampung Ara Payung di sini malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang.

Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah menyifatkan langkah peningkatan gaji berkenaan penting kerana beliau mendakwa keadaan di kuarters polis berada dalam keadaan daif serta menjaga kebajikan anggota tidak dijaga.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan rasional kerajaan membebaskan ramai 'penjenayah tegar' di bawah Ordinan Darurat 1969.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.