VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 29/11/2012

Puteri cadang tujuh strategi

ROSNAH Abdul Rashid Shirlin begitu bersemangat ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan tujuh pelan tindakan bagi mendekati golongan atas pagar yang majoritinya orang muda secara konstruktif supaya mereka tidak tercicir daripada arus perjuangan parti.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara pelan tindakan tersebut ialah penubuhan Sekretariat Inspirasi, Dedikasi, Ekspresi dan Aspirasi (IDEA) yang dianggotai golongan wanita muda daripada pelbagai latar belakang untuk bergerak sebagai sebuah badan bebas yang akan melaksanakan aktiviti lebih segar dan unik dengan golongan muda sebagai sasaran mereka.

Selain itu, katanya, Puteri juga mencadangkan penubuhan sebuah skuad khas yang akan merencana dan melaksanakan aktiviti untuk mendekati golongan atas pagar terutama menjelang musim pilihan raya.

Cadangan lain kata beliau, menggiatkan aktiviti dan kempen jelajah ke seluruh negara bagi mempromosikan budaya politik bersih dan terpimpin sebagai usaha memerangi politik persepsi dan fitnah.

"Ini penting untuk memberi gambaran betapa Pergerakan Puteri sentiasa mendahulukan perjuangan agama dan bangsa sekalipun perlu melalui jalan yang sukar," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perhimpunan itu dihadiri oleh 968 perwakilan Puteri seluruh negara, termasuk tiga wakil Majlis Tertinggi UMNO iaitu, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dengan tema 'Juang', Rosnah dalam ucapannya yang penuh beremosi dan bersemangat itu turut mencadangkan supaya aktiviti bagi mendekati lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digiatkan melalui pengemaskinian data pelajar di setiap bahagian.

Golongan itu, kata beliau, perlu didekati dengan bijaksana dan berhikmah tanpa menggunakan warna serta logo politik melalui pendekatan meraikan minat dan bakat mereka.

"Puteri juga mencadangkan penubuhan sebuah Akademi Politik dengan pemimpin-pemimpin utama negara memberi latihan kepada jurulatih (TOT) untuk wanita muda.

"Kita turut mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa pencarian bakat yang dikenali sebagai 'Mentor' dengan wanita muda cemerlang dalam bidang masing-masing memberi tunjuk ajar kepada golongan pelapis," katanya.

Rosnah juga mencadangkan penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Muda Malaysia yang akan membincangkan pelbagai isu wanita muda dan hala tuju masa depan tanpa mengira latar belakang politik.

"Pundak (bahu) kita mungkin lemah kudratnya, pundak kita mungkin dianggap remeh, tetapi di pundak inilah perjuangan menemukan rentaknya. Pergerakan Puteri UMNO perlu belajar menjadi pundak yang lebih kuat.

"Selama 11 tahun kita sudah buktikan kemampuan menyokong perjuangan parti. Kita perlu bekerja lebih keras untuk masa depan parti demi agama, bangsa dan negara serta siap siaga hadapi segalanya," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.