VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 28/11/2012

PRU-13 tahun depan

Najib Tun Razak bersama anggota kepimpinan dan ahli Majlis Tertinggi serta para perwakilan menyanyikan lagu parti ketika pembukaan Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.- BERNAMA

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi isyarat jelas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan pada tahun ini.

Menurut tiga perwakilan UMNO yang ditemui selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini, Najib memaklumkan PRU-13 hanya akan diadakan pada tahun hadapan.

Selain isyarat itu, tarikh sebenar PRU-13 yang dinanti-nantikan ramai terus menjadi teka-teki kerana menurut mereka, Presiden UMNO itu tidak menyatakan secara khusus bila ia akan diadakan.

Salah seorang perwakilan yang ditemui itu, Datuk Razali Idris yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, sebaliknya Perdana Menteri memaklumkan PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila masa selagi dibenarkan di bawah Perlembagaan negara.

''Perdana Menteri memberitahu yang PRU-13 tidak akan berlaku bulan Disember. PRU-13 mungkin akan berlaku bulan Januari, Februari, Mac, April atau tambah lagi masa mengikut (yang dibenarkan) Perlembagaan negara,'' katanya.

Majlis Taklimat Presiden yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama kira-kira sejam itu dihadiri seramai 5,447 perwakilan dari seluruh negara.

Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh yang turut ditanya mengenai perkara tersebut mengakui Najib memberi gambaran PRU-13 tidak mungkin diadakan pada tahun ini.

''Saya rasa semua menantikan (PRU-13) tahun depan dan bukan tahun ini,'' jelasnya ringkas sambil enggan mengulas lanjut mengenal hal berkenaan.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh yang ditemui pemberita selepas majlis itu turut mengesahkan mengenai perkara tersebut.

''PRU-13 dikatakan (Perdana Menteri) tahun depan, Januari mungkin, Februari mungkin, Mac dan April..selepas April ada 60 hari lagi," ujarnya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata, berdasarkan isyarat yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, mungkin pilihan raya umum akan diadakan tahun depan.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan yang ada sekarang akan tamat pada 28 April 2013.

Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memaklumkan Parlimen akan terbubar secara automatik jika Yang di-Pertuan Agong tidak membubarkannya sebelum tarikh itu.

"Selepas itu, SPR diberi tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum bagi membentuk kerajaan baru. Perkara sama terpakai untuk Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.