ARKIB : 15/09/2012
Kukuhkan kesetiaan - Shafie
SIK 14 Sept. - Semua pemimpin dan ahli UMNO khususnya di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang perlu mengukuhkan kesetiaan kepada parti bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jika semangat berkenaan diterapkan, BN bukan sahaja merampas kembali kerusi malah memperoleh kemenangan dengan mandat yang lebih besar daripada biasa.
"Saya mengambil contoh Kedah, kalau kita lihat daripada jumlah keahliannya memang besar. Dahulunya, kalau semua ahli ini sokong BN, tiada sebab kita kecundang.
"Justeru, pada kali ini pula, situasi telah berubah. Kalau semua ahli UMNO dan juga parti komponen BN setia kepada perjuangan parti, saya dengan penuh yakin kita boleh tawan semula di Kedah dan juga di negeri-negeri lain," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sik di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Othman Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah.
Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, pemimpin dan ahli UMNO juga diingatkan agar perlu mengorbankan kepentingan diri dan meletakkan parti sebagai keutamaan.
"Sebagai ahli UMNO yang bertanggungjawab, perjuangan yang kita harus lakukan perlulah jelas dan sentiasa bersedia untuk melakukan apa sahaja demi menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
"Dalam menghadapi PRU-13 ini, saya kira ia saat sangat penting dan genting. Perlu kita sama-sama renungkan supaya kita kembali fokus kepada perjuangan asal parti yang kita sayangi ini.
"Kita perlu sama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan setiap gerak langkah dan juga perbuatan kita dalam mengharungi perjuangan parti ini sentiasa berada di paras terbaik," jelasnya.
Siew Kiong akur keputusan MCA
Undi popular pembangkang daripada pengundi Cina
UMNO sedia pangku Pengerusi BN Pulau Pinang
'Black out' hari PRU-13 fitnah
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









