VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 06/09/2012

Tindakan kibar bendera 'Sang Saka Malaya' mahu tukar Malaysia kepada republik?

Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bersama Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil (kanan) bergambar dengan anak yatim dari Rumah Jalinan Kasih Cheras pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DRB-Hicom 2012 di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

PUTRAJAYA 5 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan tindakan sesetengah peserta Himpunan Janji Bersih mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang mempunyai agenda tersirat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan provokasi secara terang-terangan itu seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik.

"Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya selepas menerima lawatan seramai 27 pegawai kanan kerajaan daripada 10 negara Afrika di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas tindakan biadab beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu yang mengibarkan bendera dinamakan sebagai 'Sang Saka Malaya' yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.

Dalam pada itu, mengulas tindakan segelintir peserta perhimpunan itu yang menghina pemimpin negara dengan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, beliau kata, ia adalah disebabkan mereka ketandusan idea untuk menyerang kerajaan.

Dr. Mahathir berkata, pembangkang terpaksa menimbulkan perasaan kebencian terhadap pemimpin negara bagi mendapatkan sokongan orang ramai.

"Dia dah ketandusan idea. Tak ada idea jadi tak ada isu cuma timbulkan perasaan benci supaya benci pada orang akan dapat sokongan.

"Ini tunjukkan sebenarnya mereka tidak berkebolehan. Kalau dapat jadi kerajaan di Malaysia, rosaklah Malaysia," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.