ARKIB : 02/09/2012
Kerangka pembangunan hadiah BN jika tadbir Kelantan
PASIR MAS 1 Sept. - Barisan Nasional (BN) telah menyediakan satu kerangka pembangunan sebagai hadiah kepada Kelantan sekiranya rakyat negeri itu memberi mandat kepada BN untuk memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pembangunan prasarana yang akan dimajukan itu ternyata jauh lebih baik berbanding apa yang dibina oleh Pas yang memerintah negeri itu selama 22 tahun.
Jelas beliau, itu adalah jaminan yang boleh diberikan kerana meskipun masih belum memerintah, pelbagai projek pembangunan bernilai berbilion ringgit telah dibina oleh Kerajaan Pusat di Kelantan, justeru jika rakyat memberi mandat maka perubahan yang akan dilihat adalah lebih besar.
"Pembangunan infrastruktur merupakan satu perkara pokok yang menjadi keutamaan rakyat Kelantan, maka kita beri jaminan (pembangunan akan dibawa) jika BN memerintah.
"Ketika bukan BN memerintah pun kita sudah berikan begitu banyak peruntukan bukan sahaja daripada kementerian ini tetapi kementerian lain juga," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua UMNO Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat dan Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.
Mohd. Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kemenangan BN di negeri itu bagaimanapun harus ditunjangi oleh ahli UMNO sendiri yang perlu berkorban untuk parti.
Pengorbanan itu katanya, adalah berpaksikan kepada apa sahaja tindakan yang dilakukan setiap ahli mestilah menjurus kepada menguatkan parti, bukan sebaliknya.
"Sama ada kita jadi calon, dapat projek atau tidak, ingatan kita dan kerja kita harus menjurus ke arah menjayakan kemenangan dalam pilihan raya dan saya yakin itu tidak menjadi masalah," katanya.
Sementara itu, sempena kunjungannya ke bahagian itu, Mohd. Shafie telah memberikan kelulusan segera iaitu peruntukan lebih RM200,000 untuk membaiki beberapa jalan di situ.
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









