VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 27/08/2012

Guan Eng miliki keangkuhan luar biasa

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempunyai keangkuhan luar biasa kerana memiliki kuasa dalam parti selain menjadi Ketua Menteri.

Kata Tunku Abdul Aziz, beliau juga tidak percaya rakyat sanggup menganggap Guan Eng seperti 'tokong' melainkan di kalangan penyokong fanatik beliau sahaja.

"Ketika pengunduran saya daripada DAP baru-baru ini, Guan Eng begitu angkuh dan kurang ajar apabila menggunakan orang lain sebagai medium untuk bercakap dengan saya.

'Beliau merasa cukup bagus dan tak layak berinteraksi dengan saya sehingga terpaksa menggunakan 'budak suruhan'," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman yang menafikan menggunakan perkataan 'sombong dan angkuh' terhadap Guan Eng.

Bagaimanapun Mansor mengakui menggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng yang bermaksud 'sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.'

Beberapa bekas pemimpin DAP sebelum ini turut menyifatkan DAP kini dipimpin oleh golongan yang sombong.

Berhubung tindakan Mansor itu, Tunku Abdul Aziz melahirkan rasa kecewa kerana menyifatkan beliau tidak berani berhadapan dengan Guan Eng.

Malah, beliau turut berkeyakinan terdapat 'rahsia' tersirat sehingga menyebabkan Mansor menggelar Guan Eng sombong dan angkuh dan mencabar Mansor mempertahankan kenyataan itu jika berasakan ia benar.

"Mengapa perlu takut dengan Guan Eng? Mengapa perlu melabelkan beliau seperti tokong.

"Janganlah bagi alasan yang tidak dapat diterima umum seperti ini. Saya pasti Guan Eng tidak dapat menerima tamparan apabila Timbalannya sendiri menggelarkan beliau seperti itu sehingga 'drama' penafian tersebut terjadi," jelasnya.

Pada masa sama, Tunku Abdul Aziz menegaskan, sebagai seorang pemimpin berkarisma Mansor seharusnya memiliki keberanian untuk berhadapan dengan apa jua situasi.

"Beliau harus lantang, mungkin beliau benar-benar menganggap Guan Eng itu sombong, maka pertahankan sahaja apa yang sebetulnya, saya pasti rakyat menghargainya termasuk mereka yang berada dalam pakatan pembangkang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.