ARKIB : 25/08/2012
Pas bincang isu hudud hari ini
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Pas yang tertekan selepas terpaksa tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu hudud akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Biro Politik parti berkenaan esok.
Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus golongan 'Anwarinas' dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pusat dijangka tidak akan mengambil pendirian tegas bagi menyelar Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini membuat kenyataan menentang pelaksanaan hukum hudud.
Sumber dalaman Pas ketika dihubungi memberitahu, isu hudud akan menjadi topik perbincangan utama pada mesyuarat esok kerana perkembangan semasa jelas tidak berpihak kepada parti tersebut.
"Mesyuarat esok membincangkan isu politik dan pilihan raya umum. Sudah pasti isu hudud akan menjadi salah satu fokus utama kami kerana melihat kepada perkembangan semasa," katanya di sini hari ini.
Semalam, selepas sekian lama membisu dalam pergeseran terbuka antara Pas dan DAP, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pembangkang.
Katanya, hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini selagi tidak mendapat persetujuan DAP sekali gus menyebabkan Pas tersepit dan bersendirian dalam memperjuangkan isu berkenaan.
Dalam pada itu, sumber sama turut mengesahkan mesyuarat tersebut juga akan membincangkan mengenai kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebelum ini yang mendesak parti tersebut menyatakan pendirian dalam isu hudud.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mengulas lanjut mengenai bentuk perbincangan membabitkan isu Nasharudin.
DAP tidak boleh lagi bersandiwara
Gelaran pengkhianat lebih tepat untuk pemimpin Pas patuh arahan parti lain
Syor notis mesyuarat UMNO guna SMS, laman sosial
Najib, Muhyiddin wajar dikekal demi perpaduan parti
Elak perpecahan UMNO berulang
Zahid Hamidi nafi atur pertemuan Najib, Anwar
Cadang Presiden MIC dihad dua penggal
Kelantan, Pusat diperkukuh
Pemimpin Pas Kelantan ditempelak dakwa dianaktiri kerajaan pusat
Jahara dilantik Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
MIC: Pemilihan semua jawatan tahun ini
Wakil rakyat Pas diberi 'tarbiah'
Lebuh raya: Pas Kelantan kutip RM2.6j derma
Jawatan tertinggi: Cermin diri dahulu
Elak kait politik dengan bencana alam, usah rumitkan keadaan - Zahid Hamidi
ROS siasat jumlah undi diterima CEC DAP
Norza dikembali semula hak sebagai ahli UMNO
Selar pemimpin Pas: Haron Din mahukan penjelasan Husam
Siew Kiong pertahan jawatan Exco hormati Sultan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










