ARKIB : 16/08/2012
Majlis Peguam didesak siasat Puravalen dan Sivarasa
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Majlis Peguam diminta menyiasat sama ada dua ahlinya iaitu peguam Razak Baginda, M. Puravalen (gambar) dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa telah melanggar etika dan disiplin profesion guaman di negara ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan sewajarnya hendaklah diambil sekiranya kedua-dua peguam itu didapati melakukan kesalahan tersebut.
Menurut beliau, Majlis Peguam perlu meneliti pendedahan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin tentang peranan Puravalen dan Sivarasa di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
''Saya minta Majlis Peguam jangan terlalu sibuk dengan isu-isu politik. Mereka sepatutnya memastikan peguam- peguam di negara ini menjalankan tugas dengan penuh integriti dan tidak melanggar etika guaman.
''Pendedahan Raja Petra itu sangat serius kerana ia berkaitan dengan integriti peguam yang boleh dianggap sebagai tidak beretika, tidak berdisiplin dan tidak profesional," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net berhubung akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya yang didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.
Zahrain turut mempersoalkan penglibatan Puravalen dalam komplot memfitnah Najib sedangkan beliau dilantik oleh Razak sebagai peguamnya dalam kes pembunuhan Altantuya.
''Sekiranya pendedahan Raja Petra itu benar, tindakan Puravalen boleh menjejaskan integriti pengamal undang-undang di negara ini," ujarnya.
Kata beliau, Sivarasa juga dicabar memfailkan saman terhadap Raja Petra sekiranya benar-benar yakin tidak terlibat dalam komplot akuan bersumpah tersebut.
Kenapa DAP tidak mahu?
Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat
Nasihat Nalla kepada Anwar
Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing
Karpal syor mansuhkan Dewan Negara
Khairy tidak sepatutnya bercakap bagi pihak Zahid - ZAM
Penyokong pembangkang cetus provokasi - Hamidah
Bekas calon BN DUN Selinsing meninggal dunia
Nasib ahli UMNO sabotaj BN diketahui minggu depan
Malaysia Spring dirancang awal
Usaha damaikan Najib-Anwar hanya buang masa
Nik Nazmi tidak mengaku salah
Pas akui dasar belum sempurna
Perhimpunan di Padang Kota Lama ditolak
Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India
Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X
Minta MCA tidak pecat Siew Kiong
Pas lapang dada terima keputusan PRU-13
Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









