VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 13/08/2012

Bajet 2013 berkonsepkan mesra rakyat

BACHOK 12 Ogos - Bajet 2013 yang dijangka dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September ini lebih berkonsepkan mesra rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia memandangkan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi fokus utama terhadap keperluan rakyat selaras dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Beliau berkata, kementerian tersebut sedang melakukan persiapan rapi untuk Bajet 2013 dan ia meliputi semua aspek berkaitan.

"Bagi memastikan persiapan untuk Bajet 2013 tidak terjejas, kita terpaksa mengawal cuti Hari Raya Aidilfitri pegawai yang terlibat kerana bajet lebih penting untuk diselesaikan.

"Pegawai yang berkaitan memang menjalankan tugas siang dan malam bagi menyiapkan laporan lengkap dan kerja-kerja pembaikan lain yang menjadi nadi penggerak negara selepas pembentangan nanti," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan zakat kepada golongan miskin, warga tua dan ibu tunggal di Sekolah Menengah Teratak Pulai, dekat sini hari ini.

Zakat tersebut disumbangkan Uda Holding Sdn Bhd. dan syarikat Percetakan Nasional (M) Bhd..

Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, Bajet 2013 adalah lebih kompeten kerana mengambil kira keseimbangan antara pembelaan nasib rakyat, usaha meningkatkan ekonomi negara, peningkatan hasil negara dan produktiviti serta usaha menarik pelaburan yang pastinya akan memberi impak positif kepada rakyat dan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.