ARKIB : 13/08/2012
Karpal: Tindakan mahkamah jika Pas teruskan etika pakaian
KUALA LUMPUR 6 Jan. - DAP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika Pas masih terus melaksanakan etika berpakaian bagi wanita bukan Islam di Terengganu.
Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan membiarkan Pas bertindak sewenang-wenangnya ke atas hak-hak perlembagaan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.
"Saya juga mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menamakan pemimpin bukan Islam yang ditemui oleh pihak Pas untuk berbincang mengenai peraturan etika berpakaian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran peraturan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) yang wanita bukan Islam di negeri itu dilarang memakai baju lengan pendek, seluar jeans, skirt labuh berbelah dan skirt pendek.
Pengumuman tersebut turut mendapat bantahan daripada pemimpin DAP lain yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati kebebasan kaum lain.
Abdul Hadi dalam satu kenyataan ketika mengulas peraturan etika berpakaian itu berkata, kod pakaian ialah satu 'isu moral' bagi orang Islam dan bukan Islam.
Abdul Hadi turut mendakwa bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin bukan Islam sebelum melaksanakan peraturan tersebut.
Karpal menambah, mengikut apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, Abdul Hadi tidak layak untuk menyentuh isu moral.
"Selain itu, mahkamah yang ada di negara ini juga adalah mahkamah perundangan dan bukan mahkamah yang membicarakan isu berhubung moral," katanya lagi.
Sehubungan itu, Karpal meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya memberikan pendapat beliau demi meredakan kebimbangan bukan Islam terhadap Pas yang seolah-olah mengabaikan Perlembagaan Persekutuan.
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Perhimpunan jalanan Sabtu ini memalukan
Demonstrasi di luar negara cemar imej rakyat
Gerakan minta UMNO ketuai BN jadi parti pelbagai kaum
Anwar terus hasut rakyat
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









