ARKIB : 11/08/2012
Status tanah kosong milik kerajaan DAP?
PULAU PINANG 10 Ogos - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini mendedahkan tapak tanah kosong seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini dimiliki oleh kerajaan DAP negeri.
Ketua Penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leong berkata, berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian negeri, ia menunjukkan tanah kosong di Taman Manggis itu masih dimiliki oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kata beliau, pihaknya telah meminta peguam menulis surat kepada Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk mendapatkan pengesahan mengenai status tapak tanah di Taman Manggis itu minggu lalu, tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan.
"Kami ingin tahu sama ada Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan 'hak istimewa' kepada pemaju Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. dengan mengekalkan status pemilik adalah kerajaan DAP negeri. Ini seolah-olah membantu pemaju mengelak daripada membayar cukai dan tafsiran tanah.
"Pada masa sama, kerajaan DAP juga menawarkan harga yang rendah daripada pasaran pada tahun 2009 iaitu RM232 setiap kaki persegi dengan nilai RM11,552,208. Padahal, nilai tanah itu sejak 2006 adalah RM450 setiap kaki persegi," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, Jalan Datuk Kramat di sini.
Hadir sama Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong dan Ketua Pemuda MIC negeri, J. Dhina.
Isu tanah di Taman Manggis yang sepatutnya dicadangkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua itu didedahkan oleh Pemuda BN negeri pada Jun lalu kerana tidak berpuas hati kerana telah dijual oleh kerajaan DAP negeri kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.
Dalam pada itu, Khoon Leong juga mempersoalkan sekiranya pemilik tanah itu masih di bawah nama kerajaan DAP negeri, bagaimana Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. boleh memohon kelulusan membina Hospital Pakar Victoria di bawah Victoria International Medical Centre Sdn. Bhd. walaupun masih belum sah memiliki tanah itu.
Sahabat karib Anwar kecewa
'Henti dedah rahsia DAP' - Karpal Singh
Pengerusi DAP didesak henti ugut pihak tidak sealiran
Exco: Pas 4, PKR dan DAP 3
BN balas sokongan rakyat
Mahasiswa propembangkang dicabar tolak PTPTN
Soi Lek perlu berundur demi masa ‘depan’ MCA - Robert Phang
BN akan balas sokongan rakyat Kelantan - Mustapa
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan cara kekerasan
Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman
Karpal amaran Tunku Aziz henti dedah "rahsia" DAP
Segerakan pemilihan semula CEC
Kenapa DAP tidak mahu?
Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat
Nasihat Nalla kepada Anwar
Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing
Karpal syor mansuhkan Dewan Negara
Khairy tidak sepatutnya bercakap bagi pihak Zahid - ZAM
Penyokong pembangkang cetus provokasi - Hamidah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









