VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 11/08/2012

Karpal tidak akan setuju - Tun M

DR. Mahathir Mohamad menyerahkan 500,000 botol waqaf air untuk Gaza kepada Imam Besar Al-Amin Gaza, Sheikh Omar Mohamad Fora (dua dari kanan) sambil diperhatikan Imam Muda Al-Amin Gaza, Sheikh Salman M.Z Al-Saudi (kiri) dan Pengerusi Yayasan Perdana Keamanan Sedunia, Tan Sri Norian Mai di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Penubuhan negara Islam Malaysia mengikut interpretasi Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Karpal sangat tidak bersetuju dengan perjuangan itu sehingga pernah berkata 'langkah mayatnya dahulu' jika Pas mahu membentuk negara Islam.

"Dua perkara mereka (DAP) tidak setuju adalah hukum hudud dan negara Islam tetapi kita memang negara Islam, saya sudah isytiharkan dan semua orang iktiraf, tanya Palestin pun mereka iktiraf kita negara Islam.

"Dia (Karpal) tidak setuju dengan hudud itu soal lain, yang Karpal tak setuju 'Over my dead body' kalau nak jadikan Malaysia negara Islam ala Pas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis simbolik penyampaian sumbangan sebanyak 500,000 botol 1.5 liter kepada penduduk Gaza, Palestin, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penolakan berterusan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda Pas sedangkan kedua-dua parti itu berada dalam satu pakatan politik.

Berhubung reaksi beberapa ulama dan tokoh agama bahawa adalah haram umat Islam menyokong DAP kerana parti itu menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud, Dr. Mahathir berkata, perkara tersebut terpulang kepada umat Islam untuk menerimanya atau tidak.

"Itu pendapat mereka yang mempunyai ilmu mendalam berkaitan agama, kalau itu pendapat mereka, terpulang umat Islam menerimanya atau tidak, tetapi saya fikir orang ramai tidak akan mengikut orang-orang agama ini, ini masalah kita, semua dikatakan Islam tapi tidak diamalkan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, Dr. Mahathir berpendapat langkah tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Jelasnya, dari segi sejarah, masyarakat yang berada di sempadan antara Sabah dengan kawasan selatan Filipina saling berulang-alik, namun mereka memilih tinggal di Sabah kerana memikirkan ia lebih selamat.

"Mereka telah tinggal sekian lama dan berhak meminta kerakyatan. Saya berharap tiada usaha untuk keluarkan mereka. Kita pernah hantar balik tapi mereka datang semula ke Sabah sebab ini tempat tinggal mereka," katanya.

Sementara itu, berhubung pemilihan 'Janji Ditepati' sebagai tema kebangsaan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55, Mahathir berkata, perkara tersebut adalah hak kerajaan Pusat.

Ketika ditanya mengenai isu perbezaan tema sambutan Hari Kemerdekaan di negeri-negeri ditadbir pembangkang, jelas beliau, keadaan itu jelas menunjukkan pembangkang bingung dengan hala tuju yang hendak diambil secara bersama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.