ARKIB : 04/08/2012
Guan Eng digesa beri penjelasan
SUNGAI PETANI 3 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.
Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.
"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.
"Jika rumah ini disewa sekalipun, ia mungkin melebihi RM3,500 sebulan. Jadi, dengan gaji sebagai seorang kakitangan pejabat Ketua Menteri, adakah dia mampu?
"Sudah tentu, orang ini mempunyai hubungan sungguh istimewa. Oleh itu, Guan Eng perlu tampil menjelaskannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.
Sau Ping mendakwa, dia menerima maklumat tersebut daripada seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menerusi surat beberapa hari lalu.
Katanya, pemimpin terbabit turut menghantar empat keping gambar rumah yang dikatakan dimiliki bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Ketika ditanya tentang identiti bekas kakitangan itu, Sau Ping berkata, dia tidak boleh menyebut nama pemilik rumah berkenaan kerana bimbang disaman Guan Eng.
"Guan Eng kerap kali menyaman apabila tertekan. Dia akan gunakan kaedah ini sedangkan pada masa sama dia kerap melaungkan kebebasan media.
"Saya hanya boleh katakan, bekas kakitangan ini masih berkhidmat dengan kerajaan Pulau Pinang," katanya.
Tambahnya, dia memberikan masa seminggu kepada Guan Eng untuk tampil menjelaskan perkara itu.
"Jika beliau tidak menjawab, kita mungkin akan umumkan identiti pemimpin kanan itu tidak lama lagi," katanya.
Sementara itu, Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah berkata, beliau mengenali pemimpin yang menghantar maklumat tersebut.
Tambahnya, pemimpin itu merupakan calon PKR Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang namun tidak disenangi di kalangan pemimpin DAP lain.
"Saya percaya Guan Eng atau isterinya, Betty Chew Gek Cheng mengetahui tentang pemilikan rumah mewah bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri ini," katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rumah tersebut ketika ini tidak berpenghuni selain tiada kenderaan yang kelihatan di kawasan rumah berkenaan.
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Perhimpunan jalanan Sabtu ini memalukan
Demonstrasi di luar negara cemar imej rakyat
Gerakan minta UMNO ketuai BN jadi parti pelbagai kaum
Anwar terus hasut rakyat
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









