ARKIB : 04/08/2012
Kekuatan BN tidak tergugat
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat dengan desas-desus serta tindakan beberapa pemimpin dari Sabah meninggalkan parti itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN mampu menangani pelbagai cabaran dan beliau sendiri akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memantapkan kekuatan parti.
"Macam-macam desas-desus tersebar. Tetapi yang penting kekuatan BN tidak tergugat dan masalah itu mampu ditangani. Kita ada buat langkah-langkah sesuai untuk pulihkan kekuatan dan memantapkan semula parti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.
Najib mengulas tindakan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melepaskan jawatan dalam UMNO manakala Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).
Ditanya apakah tindakan kedua-dua pemimpin itu mengganggu perancangannya untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini, beliau menafikan sebaliknya menegaskan pilihan raya boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Najib menambah, beliau sudah bertemu dengan pemimpin-pemimpin BN Sabah dan akan turun ke negeri itu pada 11 Ogos ini untuk menyelesaikan masalah berkaitan parti.
"Berhubung kedudukan Ketua Bahagian UMNO Beaufort yang kosong, MT memutuskan mengikut Perlembagaan parti, Timbalan Ketua Bahagiannya, Isnin Aliasneh akan memangku jawatan itu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kabinet dan MT UMNO menyokong sepenuhnya usaha Kementerian Pelajaran untuk melakukan penyusunan semula sistem pendidikan negara supaya ia mencapai lonjakan luar biasa.
"Saya dimaklumkan proses dialog telah dilakukan secara menyeluruh dan berlangsung selama enam bulan. Butiran lanjut mengenai pelan transformasi pendidikan itu akan diumumkan pada 11 September ini," katanya.
Mengenai pendakwaan ke atas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ekoran kesalahan mendedahkan maklumat sulit pelanggan perbankan yang menyalahi Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), ujar Perdana Menteri, perkara itu tidak perlu diulas kerana keputusan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara.
Jelasnya, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan sepatutnya membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan kepada orang awam.
"Dia (Rafizi) didakwa di bawah BAFIA dan alasan BAFIA adalah untuk melindungi integriti sistem kewangan. Mereka yang ada akaun (bank) mahu dilindungi. Jika tidak sesiapa sahaja termasuk orang luar tidak akan letak duit dalam sistem kita," tambahnya.
Gelaran pengkhianat lebih tepat untuk pemimpin Pas patuh arahan parti lain
Syor notis mesyuarat UMNO guna SMS, laman sosial
Najib, Muhyiddin wajar dikekal demi perpaduan parti
Elak perpecahan UMNO berulang
Zahid Hamidi nafi atur pertemuan Najib, Anwar
Cadang Presiden MIC dihad dua penggal
Kelantan, Pusat diperkukuh
Pemimpin Pas Kelantan ditempelak dakwa dianaktiri kerajaan pusat
Jahara dilantik Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
MIC: Pemilihan semua jawatan tahun ini
Wakil rakyat Pas diberi 'tarbiah'
Lebuh raya: Pas Kelantan kutip RM2.6j derma
Jawatan tertinggi: Cermin diri dahulu
Elak kait politik dengan bencana alam, usah rumitkan keadaan - Zahid Hamidi
ROS siasat jumlah undi diterima CEC DAP
Norza dikembali semula hak sebagai ahli UMNO
Selar pemimpin Pas: Haron Din mahukan penjelasan Husam
Siew Kiong pertahan jawatan Exco hormati Sultan
UMNO Wilayah mahu Najib, Muhyiddin kekal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










