ARKIB : 31/07/2012
Jangan huru-harakan Selangor
KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor digesa bersikap profesional dan tidak menghuru-harakan pentadbiran negeri seperti yang berlaku dalam pentadbiran parti itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, dengan parti yang semakin caca marba serta lari daripada landasan perjuangan awal, isu-isu berkaitan Selangor jelas membuktikan PKR bukan hanya gagal mentadbir parti malah negeri juga mereka tidak mampu terajui.
Katanya, masalah itu diburukkan lagi dengan krisis air dan pengambilalihan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) yang turut mencalar pentadbiran PKR di Selangor.
''Kita ingatkan Kerajaan PKR Selangor, jangan lakukan pentadbiran negeri dan anak-anak syarikatnya sama seperti yang berlaku dalam PKR. Jika Selangor terus dipimpin PKR, saya percaya negeri itu akan jatuh muflis.
''Dalam isu pengambilalihan hutang Talam, saya hairan mengapa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sanggup mengambil alih hutang yang berjumlah RM392 juta? Rakyat tak diberitahu pun tentang perkara itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas isu-isu berkaitan pentabdiran Selangor dan PKR khususnya isu pengambilalihan hutang Talam termasuk kontroversi pembelian tanah di Bestari Jaya, Selangor oleh kerajaan negeri.
Zamil berkata, pengambilalihan hutang sebanyak RM392 juta itu bukanlah nilai kecil dan kerajaan negeri mampu melakukan pelbagai pembangunan dengan wang tersebut.
''Kita juga menggesa Pengurus Besar PKNS, Othman Omar menjelaskan kepada rakyat apakah manfaat di sebalik pengambilalihan hutang itu kepada PKNS dan rakyat? Sudah pasti ia tidak membawa sebarang manfaat,'' ujarnya.
Mengenai krisis air di Selangor, beliau menggelar kerajaan PKR Selangor sebagai 'bodoh sombong' dan angkuh.
''Ini kerana mereka tidak mahu mendengar pandangan rakyat dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka merasakan mereka sahaja yang pandai sehinggakan isu air menjadi huru-hara,'' katanya.
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Ahli DAP tunjuk isyarat lucah
Ka Siong tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda MCA
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









