VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 30/07/2012

BN Sabah tetap utuh - Musa

Musa AMAN

KOTA KINABALU 29 Julai - Pengunduran dua tokoh politik Sabah daripada Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak menggugat kedudukan parti dan UMNO di negeri itu.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata, keputusan kedua-dua pemimpin berkenaan sama sekali tidak akan memberi kesan kepada persiapan BN negeri itu menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah tidak mewujudkan sebarang krisis dalaman parti.

"Ia sekadar keputusan peribadi masing-masing dan mereka bebas melakukannya serta langsung tidak melibatkan keputusan kolektif parti Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

"Malah, ia juga mungkin berdasarkan agenda tersendiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Musa mengulas keputusan Timbalan Presiden UPKO yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang keluar daripada parti itu dan BN hari ini.

Sebelum pengumuman Wilfred, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin semalam turut menyatakan keputusan melepaskan semua jawatan politiknya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi BN Beaufort dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort.

Wilfred pula mengumumkan keluar daripada BN pada majlis pelancaran gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran, dekat sini yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Musa, semua perkembangan terbaru itu tidak menjejaskan segala program yang telah dirancang parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana ia bukan permasalahan besar.

Beliau berkata, pengunduran dua tokoh politik itu juga bukan perkara baru kerana sudah ada tanda-tanda kedua-dua mereka tidak lagi sehaluan dengan parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.