ARKIB : 23/07/2012
Pembangkang tidak rasional - NGO
KUALA LUMPUR 22 Julai - Tindakan parti pembangkang menghalang kerajaan menjalankan program yang mempunyai kepentingan rakyat dianggap tidak rasional dan matang.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pihak pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa setiap program yang dijalankan oleh kerajaan mempunyai objektif kukuh demi menjaga kebajikan rakyat.
"Mereka (pembangkang) bersikap tidak matang apabila tiada satupun sokongan yang diberikan kepada kerajaan walaupun tahu program yang dianjurkan boleh membawa manfaat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan sikap pembangkang yang menghalang kerajaan melakukan sesuatu perkara baik hanya untuk keuntungan politik semata-mata.
Katanya, hal sedemikian tidak harus dipolitikkan dan pembangkang sepatutnya tidak menghalang apa jua program kepentingan rakyat seperti penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) baru-baru ini.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah yang diambil pembangkang itu dianggap satu tindakan tidak bertanggungjawab.
"Mereka seolah-olah merasa rugi jika memberi pujian atau menyokong usaha kerajaan walaupun secara jelas dapat dilihat program tersebut mempunyai nilai kebaikan kepada rakyat," ujarnya.
Tambahnya, pembangkang mewujudkan persepsi buruk terhadap usaha kerajaan dengan niat meraih perhatian masyarakat demi kepentingan politik.
Turut memberi pandangan, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar.
Beliau berkata, rakyat kini lebih matang dan sudah boleh menilai sendiri sikap negatif yang dibawa parti pembangkang.
"Rakyat perlu menolak sikap angkuh pembangkang dan memberi sokongan penuh kepada usaha kerajaan yang menjanjikan nilai baik kepada rakyat," katanya.
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Ahli DAP tunjuk isyarat lucah
Ka Siong tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda MCA
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









